Resepi Cheese Tart yang bakal penulis kongsikan ni pastinya dapat melunaskan hajat anda untuk membuatnya pada musim raya ni! Ada yang menggemari tart yang penuh dengan filling atau inti yang buncit dan padat. Memang akan puas dimakan.
Tak kurang, ada juga yang nak jimatkan masa atau adanya yang nak jimatkan masa untuk membelinya yakni lebih memuaskan untuk membuatnya sendiri di rumah sekalian terutamanya anda boleh membuat mengikut cita rasa anda sendiri.
Untuk perasa filling atau intinya itu boleh dipelbagaikan mengikut tekak masing-masing.
Bagi menghasilkan cheese tart yang cantik bentuknya, sedap dan menjadi, ia tersangtlah memerlukan kesabaran yang tinggi dalam membuat shell atau cengkerang tart. Kalau nak belajar lebih lanjut jom sama-sama lihat resepi di bawah ni ya?!
Resepi Cengkerang Tart
Bahan-Bahan:
- 125g butter
- 150g gula kastor
- 1 biji telur saiz besar
- 400g tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
Langkah-Langkah Penyediaan
- Mula-mula, dalam bekas kering, masukkan marjerin dan gula, kemudian, kacau sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan telur and esen vanilla agar dipukul sedikit. Gaulkannya sebati.
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan ramaskan dengan tanggan sehingga sebati dan ia menjadi doh. Tidak perlu diuli lama sangat cuma setakat menjadi doh untuk dibentukkan menjadi acuan.
- Bulat-bulatkan sebesar guli dan masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari sehingga cantik dan kemaskan lebihannya.
- Ingat untuk cucuk-cucukkan sedikit dengan garpu.
- Kemudian, sedia untuk dibakar dalam suhu 170C sehingga masak dan jadi keperangan.
- Setelah masak, keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebentar dan keluarkan ia dari acuan cengkerang. Sejukkan cengkerang tart sehingga redai.
- Sebenarnya, cengkerang yang siap dibakar ini boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.
Resepi Cheese Tart ‘Buncit’
Bahan-Bahan (Inti Keju):
- 500g cream cheese sejuk
- 100g gula halus
- 6 sudu telur yang dah dipukul
- 2 sudu butter
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Inti (boleh guna apa sahaja inti atau filling kegemaran anda)
Langkah-Langkah Penyediaan
- Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas yang kering.
- Gaulkan hingga berkrim, gebu dan ringan tetapi masih kental.
- Kemudian, masukkan vanilla dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag.
- Picitkan sedikit filling/inti dalam cengkerang dan baru paipkan cheese ke dalam cengkerang tart yang dibakar tadi.
- Untuk mendapatkan filling yang tinggi, cara pipe ditengah hingga penuh tanpa menggerakkan piping, bila penuh tarik naik perlahan sambil memicit dengan muncung piping yang masih dalam cheese hingga tinggi yang baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
- Jika ada sedikit yang cacat atau bertanduk selepas piping, celup jari dalam air masak dan betulkan sedikit.
- Boleh lukis atau hiasankan permukaan cheese jika suka.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 170C untuk lebih kurang 7-8 minit sehingga bila sentuh cheese, ia tidak melekat dijari anda.
- Untuk hasil yang cantik, cheese masih moist dan tidak terlalu kering selepas dibakar.
Ini dia resepi Cheese Tart ‘Buncit’ yang lengkap dan ringkas juga sedap. Cheese tart adalah hidangan pemanis mulut yang sentiasa dihidang buat para tetamu di majlis hari jadi, majlis perkahwinan atau apa sahaja jamuan mahupun majlis keraian!
Selamat mencuba!
SUMBER
www.rasa.my/cara-buat-cheese-tart-buncit-puas-makan-boleh-buat-jualan
www.dailymakan.com/resepi-ringkas-cheese-tart-yang-sedap/27218