Dadih adalah salah satu pencuci mulut yang sangat mudah untuk disediakan dan pastinya menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang berkrim. Jika kita buat sendiri di rumah, ini adalah lebih baik sebab kita boleh pantau kandungan gula dan pewarna yang digunakan.
Walaupun sudah terdapat serbuk dadih dengan berperisa tersendiri yang anda boleh dapatkan di pasar raya, tapi anda juga boleh tambahkan perasa itu sendiri seperti dalam resepi ini.
Jadi, apa kata anda ikuti resepi di bawah dan sediakan dadih anda sendiri.
Bahan-bahan:
- Lakanto (pengganti gula) – gunakan sedikit demi sedikit sehingga mendapat kemanisan yang anda mahukan
- 20g serbuk agar-agar
- 1 sudu kecil garam (garam bukit)
- 1 sudu besar tepung jagung
- 500ml air
- 1 liter susu
- Perasa (coklat, strawberi dan sebagainya)
Cara penyediaan:
- Kacau lakanto, serbuk agar-agar, garam bukit, tepung jagung dan air ke dalam periuk.
- Kacau dengan sebati dan masak dengan suhu sederhana sehingga semua mendidih serta agar-agar menjadi larut.
- Perlahankan api sekejap kemudian barulah kuatkan api sehingga campuran tersebut mendidih.
- Apabila agar-agar sudah larut, tapiskan ia.
- Selepas tapis, masukkan susu dan kacau sebati. Tidak perlu masak lagi selepas masukkan susu.
- Letakkan dalam mangkuk dan gunakan perasa yang anda mahukan.
- Kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.
- Selepas tutup bekas acuan anda, masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia selama 1 hingga 2 jam.
- Keluarkan dan hidangan dadih anda siap dimakan dengan sejuk!
Selamat mencuba!
Stainless Steel Mesh Strainer
RM7.50
Strainer anti karat dan tidak mudah membengkok semasa menggunakannya. Ianya tidak membahayakan makanan anda kerasa ia diperbuat dari keluli tahan karat. ketika memasak, strainer digunakan untuk memisahkan dan mengasingkan bahan kering seperti tepung dan cecair. Ia memudahkan anda untuk membasuh sayur atau menapis pasta yang telah direbus.
Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid
RM159.00
Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.
Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.mstar.com.my/xpose/resipi/2020/04/02/homemade-dadih
SUMBER
https://www.rasa.my/resipi-buat-dadih-homemade-nak-sedap-jangan-kedekut-susu/