Now Reading
Resepi Daging Goreng: Sedap Dan Mudah!

Resepi Daging Goreng: Sedap Dan Mudah!

resepi daging goreng

Resepi daging goreng antara menu memang mudah malah sangat enak. Kalau tiada selera, menu bergoreng ni tentunya boleh dijadikan pilihan untuk membuka selera. Sebenarnya, daging goreng ni ada banyak jenis dan 3 resepi yang dikongsi ni antara yang paling mudah dan sedap. Selamat mencuba!

Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan – bahan:

  • Daging
  • Bawang merah
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Cili padi*
  • Serbuk kunyit
  • Sos tiram
  • Kacang panjang
  • Minyak
  • Garam
  • Perisa(ikut suka)

Kaedah penyediaan:

  1. Gaulkan daging dengan kunyit, garam dan bawang putih seulas yang sudah ditumbuk. Kuantiti bawang putih ikut kepada banyak mana masak.
  2. Goreng daging.
  3. Tumbuk bahan yang bertanda *.
  4. Hiris bawang merah.
  5. Kurangkan minyak dan goreng daging tadi.
  6. Tumiskan bawang merah dan bahan yang bertanda*.
  7. Masukkan sos tiram, garam dan perasa.
  8. Letakkan sedikit air. Masukkan daging dan sayur kacang panjang.
  9. Kacau sebati. Tutup api dan siap!
resepi daging goreng kunyit #gorengkunyit #daginggorengkunyit - YouTube

Daging Goreng Garam Kunyit

Bahan bahan:

  • 1/2 kg daging
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit aji no moto – opsyenal

Bahan lain:

  • 1 biji bawang besar Holland
  • 2-3 tangkai cili hijau – lebih sedap guna cili solok
  • Minyak masak

Kaedah Penyediaan:

  1. Gaul daging dengan semua bahan di atas dan dimasukkan sedikit air.
  2. Masak sehingga air hampir kering iaitu masih ada lagi sedikit air.
  3. Nota: lebih sedap jika dicampur sekali hati dan limpa serta sedikit bahagian berlemak.
  4. Tuangkan minyak masak dan kacau  rata rata sehingga sedikit perang. Daging juga jangan digoreng garing.
  5. Akhir sekali, masukkan cili hijau dan bawang besar, terus tutup api.
Alaaahaiii..CheKiah: DAGING GORENG GARAM KUNYIT

Daging Goreng Sos Tiram

Bahan-Bahan:

  • 500gm daging
  • 2 biji cili besar merah  dihiris
  • 2 biji bawang besar  dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia hiris
  • 3 sudu makan sos tiram
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naikbaru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
  3. Angkat dan sedia dinikmati.
Daging Goreng Sos Tiram - YouTube

Berikut adalah senarai resepi daging goreng yang mudah disediakan di rumah untuk makan tengahari mahupun makan malam. Selamat menjamu selera!

Sumber:

https://www.rasa.my/4-resipi-daging-goreng-yang-sedap-cepat-masak-untuk-berbuka/

https://www.aziekitchen.com/2019/08/daging-goreng-yang-sangat-sedap.html

https://saji.my/resepi-daging-goreng-kunyit/

error: Content is protected !!