Bercakap tentang Donat, siapa yang tidak menggemarinya? Sebut sahaja namanya, sudah terbayang bentuknya yang bulat dan mempunyai aneka warna dan perisa. Sedapnya!
Khas buat kalian yang sedang berdiet, kali ini kami berkongsi resipi Donat vegan dan bebas gluten yang mudah, senang dan cepat dibuat tanpa menggunakan yis dan serbuk penaik. Dengan hanya memerlukan 4 bahan, Donat sihat ini boleh didatangkan dalam dua pilihan diet yang berbeza iaitu diet keto atau paleo.
Wujudkah Donat yang dibuat tanpa yis, tanpa telur dan tanpa sebuk penaik? Ya, ia wujud dan anda tidak bermimpi.
Anda pasti berfikir mengenai definisi Donat yang terbaik adalah yang digoreng dan memerlukan yis. Salah kerana resipi ini telah terbukti boleh merungkai segala persoalan anda tersebut. Tambahan lagi, ia hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk anda menyediakannya. Teksturnya pula adalah gebu dan lembut di luar, tidak terlalu berminyak dan manis di dalam.
Bukan itu sahaja, seperti yag dijelaskan sebelum ini, resipi Donat sihat ini juga didatangkan dalam dua pilihan diet, diet keto dan diet paleo. Anda bebas memilih versi mana yang sesuai dengan rancangan diet anda.
Tahukah anda? Donat boleh digoreng dan juga dibakar. Sudah tentu yang dibakar adalah lebih sihat berbanding Donat yang digoreng. Namun begitu, Donat yang digoreng mempunyai luaran yang rangup yang pastinya sebab utama Donat digemari ramai. Jangan risau, kami turut menyediakan petua bagaimana untuk menghasilkan Donat yang rangup walaupun dibakar, dalam resipi ini.
Cara membuat Donat bakar yang sihat (vegan dan bebas gluten)
- Panaskan ketuhar ke suhu 175C. Letakkan gris di atas kuali 12-kiraan Donat (atau 2 buah kuali 6-kiraan Donat)
- Masukkan tepung penaik (Self-rising flour) dalam sebuah mangkuk besar. Tambahkan minyak kelapa, sirap agave atau sirap maple dan santan rendah lemak . Adunkan semua bahan ini sehingga menjadi adunan yang pekat.
- Basahkan tangan anda sedikit dan bentukkann doh ke dalam bentuk Donat. Bakar selama 13-17 minit atau sehingga Donat telah naik.
- Biarkan Donat sejuk di atas dulang selama 5 minit, kemudian tukarkannya ke atas rak dawai untuk menyejukkan Donat sepenuhnya.
- Setelah sejuk, celupkan setiap Donat dalam frosting coklat.
Pilihan Keto dan Paleo
Resipi Donat sihat ini datang dengan pilihan keto, paleo dan juga bebas gula. Mudah sahaja, pastikan setiap bahan yang anda gunakan adalah dalam sukatan yang minimum.
Anda disyorkan untuk menggunakan tepung badam dan pemanis buah, ia merupakan alternatif yang baik bagi gula dan rendah karbohidrat. Pastikan anda menggunakan kombinasi cuka epal cider dan baking soda bagi memastikan Donat naik dengan sempurna.
Cara Menyediakan Frosting Coklat Yang Sihat
Anda hanya perlu 2 bahan untuk membuatnya! Ia juga mesra diet paleo, diet keto, vegan dan bebas gula.
Bahan frosting coklat:
- 1.5 cawan cip coklat pilihan (Bebas tenusu atau bebas gula)
- 1 cawan + 6 sudu besar krim kelapa
Cara penyediaan:
- Tambah cip coklat dalam mangkuk yang kecil dan ketepikan dahulu
- Tuang krim kelapa ke dalam mangkuk ‘mesra-ketuhar’ atau periuk.
- Hangatkan ketuhar ke setengah suhu (atau suhu rendah bagi dapur gas) dan panaskan krim kelapa sehingga suam.
- Tuangkan krim kelapa ke atas cip coklat dan kacau dengan perlahan menggunakan spatula kecil sehingga krim kelapa telah mencairkan cip coklat.
Bagaimana Untuk Menyimpan Donat Bakar
Donat bakar tanpa yis perlu disimpan dalam peti sejuk. Ia boleh mengekalkan kesegaran Donat selama 1 minggu. Selain itu, Donat Bakar ini juga boleh dibekukan sehingga 2 bulan.
Petua Donat Bakar yang Sempurna
- Jangan terlebih bakar Donat kerana ia akan menjadi keras apabila disejukkan di atas kuali. Pastikan anda memeriksa Donat setelah 12 minit dibakar dan periksa setiap minit selepas itu.
- Tapis tepung penaik terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang penggumpalan.
- Sekiranya anda tidak mengikuti diet bebas gluten, anda boleh menggunakan mana-mana tepung penaik.
- Gunakan sirap agave, tetapi anda juga boleh menggunakan sirap maple dan jika anda bukan seorang vegan, gunakan madu. Sedikit peringatan, sekiranya anda menggunakan sirap maple atau madu, Donat akan kelihatan sedikit gelap.
- Jangan terlebih isi Donat ke dalam dulang Donat kerana akan menjejaskan Donat lain apabila ia naik.
- Jika anda tidak mempunyai tepung penaik, anda boleh buatnya sendiri dengan menggunakan setiap cawan tepung biasa yang ditambah 1 1/2 sudu teh serbuk penaik dan 1/2 sudu teh garam.
- Untuk menjadikan Donat Bakar berasa sama seperti seperti Donat Goreng, lakukan perkara ini: Sebaik sahaja Donat telah dibakar (sebelum dicelup ke dalam frosting), panaskan kuali tidak melekat dengan semburan memasak. Setelah itu, masukkan setiap Donat ke dalam kuali sehingga menjadi keemasan (selama 45 saat – 2 minit).
Selamat Mencuba!
Stainless Steel Hand Whisk Mixer
RM33.00
Reka bentuk bulat dan keluli tahan karat sangat sesuai untuk mencampurkan telur atau sos. Kebanyakan whisks terdiri daripada pemegang panjang dan sempit dengan mempunyai gelung dawai yang disambungkan pada hujungnya. Whisks biasanya digunakan untuk mencampur putih telur sehingga menjadi buih untuk membuat meringue. Ia sangat mudah digunakan dan ianya wajib ada bagi yang sukakan memasak.
Panasonic Electric Oven
RM689.00
Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.
Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.