Now Reading
Resepi Donut Big Apple Yang Anda Perlu Cuba!

Resepi Donut Big Apple Yang Anda Perlu Cuba!

resepi donut big apple

Apabila terbaca resepi donut pastinya dapat dikaitkan dengan donut Big Apple yang paling lembut, gebu dan sedap serta tak susah untuk disediakan. Kali ini, kami akan kongsikan resepi donut Big Apple yang mana dohnya juga sesuai untuk pelbagai jenis kuih muih yang memerlukan doh yang lembut.

Jom kita lihat dan cuba sendiri resepi donut Big Apple yang mudah dan sedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g tepung berprotein tinggi atau tepung gandum
  • 1 peket yis segera berat 11gram
  • 50g marjerin/mentega
  • 1 sudu besar (penuh) shortening
  • 2 sudu besar (penuh) gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat atau 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji Telur gred B
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml air suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- sini guna 200ml)

Berikut adalah contoh produk tepung berprotein tinggi, yis segera dan shortening yang anda boleh cuba gunakan.


Tepung Organik Protein Tinggi Love Earth 900g

RM 9.90

Sesuai untuk membuat semua rotii dan produk berasaskan tepung lain. Peratusan protein yang tinggi bermaksud tepung yang lebih keras / kuat sesuai untuk roti yang kenyal, berkerak dan produk lain yang mengandungi ragi. Tepung ini digunakan oleh tukang roti untuk mengurangkan masa pemprosesan yang diperlukan dan / atau membuat doh pukal sedikit lebih terkawal, menyediakan protein yang diperlukan oleh badan untuk membina dan memperbaiki sel dan menyediakan asid folik yang membantu proses tubuh dan menggunakan tenaga.


Yis Segera Eagle 11G 5PCS

RM 2.30

Ragi Segera berkualiti dan halal dari China. Sachet individu berfungsi dengan sempurna untuk pembuatan roti di rumah. Memberi hasil yang luar biasa dalam memanggang roti manis. Mudah digunakan.. Ia cepat bertindak dan tahan lama, terus bertindak dengan lebih lama daripada ragi “cepat”. Produk ragi ini adalah yang benar-benar boleh dipercayai.


Shortening MyRasa (300g)

RM 3.10

Di dapur moden, perkataan “shortening” terutamanya merujuk kepada minyak terhidrogenasi, seperti shortening sayur. Shortening digunakan untuk tujuan tertentu dalam memasak dan membakar. Shortening dan lemak pekat lain lebih disukai daripada minyak cair dalam proses membakar seperti kue, kerak pai, dan kek untuk menghasilkan hasil yang lembut.

Cara-cara penyediaan:

  1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
  3. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  4. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah dengan menggunakan sudu).
  5. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan. Disarankan tak perlu habiskan tepung kalau adunan sudah boleh diuli tanpa melekit.
  6. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung dekat dlm bekas adunan adalah semua bersih).
  7. Doh yang sudah siap ini tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh jugak tetapi selama 5-10min sahaja) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (lebih kurang anggaran). Boleh tambah sedikit lagi tepung jika adunan agak lembik ketika ini selepas diuli.
  8. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan di dalam kuali.
  9. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama akan hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sebab adunannya mengandungi telur).
  10. Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur.
  11. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

Anda boleh hidangkan donut Big Apple ini sebagai minum petang untuk keluarga anda. Boleh juga anda bungkuskan sebagai bekal untuk anak anda bawa ke sekolah. Pasti mereka sukakan rasanya yang manis, lembut, dan gebu. Jangan lupa cuba resepi ini ya!

Source:

https://www.aziekitchen.com/2012/07/resepi-ii-donut-yang-gebu-gebana.html

error: Content is protected !!