Now Reading
Resepi Ikan Celup Tepung untuk Makan Tengahari

Resepi Ikan Celup Tepung untuk Makan Tengahari

ikan celup tepung

Jikalau Terengganu adalah hidangan, sudah pastinya ikan celup tepung. Ia adalah makanan kegemaran warga tempatan menjelang waktu makan tengahari.

Banyak gerai di sana mempunyai jumlah pelanggan yang ramai kerana mereka sangat teruja untuk merasa sendiri keenakan hidangan ini. Anda juga boleh cuba membuat hidangan ini di rumah. Jom kita tengok resepinya!

RESEPI IKAN CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • 9 ekor ikan kembung
  • Sedikit kelapa parut
  • Air kapur

Cara-cara:

  1. Gaulkan tepung bersama telur, garam, serbuk kunyit dan air kapur dan kelapa parut.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair untuk memudahkan proses menggoreng kemudian.
  3. Anda boleh salutkan ikan-ikan anda ke dalam adunan dan goreng apabila minyak sudah cukup panas.
  4. Pastikan ikan betul-betul garing sebelum anda baliknya ia.
  5. Sedap dimakan bersama sos keropok lekor.

RESEPI FILET IKAN MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahan

  • Filet ikan dori (dipotong bentuk empat segi)
  • Tepung segera (disyorkan guna jenama Bestari sebab tidak perlu dicelup dengan telur lagi)
  • 2 ulas bawang putih (dipotong / didadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong / didadu)
  • 2 biji cili padi (diketuk)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 mangkuk air
  • Sedikit garam dan gula
  • Lada benggala atau tomato

Cara-cara

  1. Salut filet ikan dori ke dalam tepung dan goreng pada minyak yang panas. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak memasak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Boleh mula campurkan kesemua sos-sos ke dalam mangkuk air tadi dan tuang ke dalam kuali menumis.
  4. Kacau dan tambahkan gula serta garam secukup rasa.
  5. Kemudian, tambah lada benggala atau tomato.
  6. Tuangkan kuah ke atas filet dori yang telah digoreng.
  7. Siap untuk dihidang.

RESEPI IKAN GORENG PEDAS INDIA

Bahan-bahan

  • 2lb ikan tilapia segar
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh jus lemon
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan minyak
  • 2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Untuk perapan: di dalam sebuah mangkuk, masukkan serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, garam dan gaul rata. Tambahkan jus lemon dan gaul lagi.
  2. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi pes yang tidak berketul.
  3. Potong ikan tilapia kepada bahagian kecil dan gaul bahan perapan kepada ikan dengan rata. Perap di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Di dalam mangkuk yang berlainan, masukkan tepung jagung dan air untuk menghasilkan bancuhan tepung jagung yang cair.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan yang telah diperap tadi. Goreng sehingga kedua bahagian ikan menjadi garing. Balikkan ikan dengan berhati-hati
  6. Hidangkan di atas pinggan yang beralaskan tuala dapur untuk membuang minyak berlebihan. Hiaskan dengan hirisan bawang merah dan lemon dan sedia untuk dihidang.

RESEPI IKAN CELUP TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan

  • Minyak memasak
  • 140g tepung gandum
  • 1/2 sudu besar tepung beras
  • 1/4 sudu besar serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Letakkan tepung, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk besar. Gaul sebati. Sediakan bahan-bahan bila dah nak menggoreng.
  2. Masukkan 1 & 1/2 hingga 2 sudu besar minyak kedalam periuk tahan karat. panaskan minyak pada suhu 330F. Sangat membantu kalau anda ada thermometer tetapi kalau tiada, gunakan pangkal senduk kayu.
  3. Jika ia berbuih, maknanya suhu minyak tu lebih daripada 330F. Suhu akan jatuh bila anda mula masukkan makanan yang ingin digoreng. Turunkan api kalau ia terlalu berbuih.
  4. Masukkan air sejuk ke dalam campuran tepung dan gaul. Jangan terlebih gaul untuk elakkan serapan minyak berlebihan dan rasa liat.
  5. Gorengan pertama – kalau anda gunakan api terlalu kecil, adunan akan jadi berminyak, lembik dan tidak rangup. Cara ini adalah untuk memasak bahagian dalam adunan. Masa memasak bergantung kepada makanan apa yang anda goreng.
  6. Biarkan ia sejuk selama 10 minit dan simpan di dalam peti sejuk.
  7. Gorengan kedua – buang kesemua serbuk di dalam minyak gorengan dan panaskan kembali api sehingga 375F. Goreng buat kali kedua. Makanan anda akan keperangan. Cara ini lah yang akan rangupkan makanan anda. Dah boleh dihidang apabila selesai menggoreng.

Tips

  • Ikan kembung adalah ikan yang sesuai digunakan untuk resepi ini. Anda boleh juga tambah rempah atau perasa lain.
  • Pastikan anda keringkan kedua-dua bahagian ikan. Ini penting untuk memastikan ikan goreng tidak lembik. Salut dahulu dengan tepung gandum kemudian ke dalam adunan.
  • Kalau anda nak guna tauhu, and perlu tekan tauhu dengan objek berat untuk keluarkan semua airnya. Anda akan terkejut dengan kuantiti air pada tauhu tersebut. Tauhu yang lebih pejal adalah pilihan terbaik kerana ia kurang air.
  • Tambahan kelapa parut di dalam resepi ini adalah petua daripada orang la. Ia membuatkan tepung menjadi lebih rangup. Ikan celup tepung sesuai di hidang bersama air kelapa.
  • Anda juga boleh gunakan udang, sotong atau cendawan sebagai pengganti ikan dengan menggunakan bancuhan tepung yang sama.

Terdapat banyak lagi makanan menarik di Terengganu, mungkin anda boleh melawat Terengganu apabila keadaaan sedikit reda. Tapi buat masa sekarang, nikmatilah resepi yang kami sediakan ini. Sedap dimakan bersama nasi kerabu!

Sumber:

https://www.ytlhotels.com/my/jalan-jalan/tasting-terengganu-must-try-dishes

Cara Buat Ikan Celup Tepung Macam Di Pantai Timur. Rahsia Resepi Hasilkan Tepung Yang Rangup!

Resepi Fillet Ikan Masak Masam Manis Ala Hotel

ahttps://www.antoskitchen.com/fried-fish-spicy-indian-fish-fry/

Crispy Batter that Stays Crispy (for a long time)

error: Content is protected !!