Now Reading
Resepi Ikan Cencaru untuk Menu Makan Malam

Resepi Ikan Cencaru untuk Menu Makan Malam

resepi ikan cencaru

Resepi ikan cencaru, kalau anda tidak pernah mencubanya, mungkin anda rasa sedikit mencabar. Siap sedia untuk belajar dan berlatih.

Tetapi janganlah harap kesempurnaan pada kali pertama pula. Harga ikan kebanyakannya mahal dan sukar untuk dimakan. Kalau anda leka dalam beberapa saat je ketika masak ikan, tekstur ikan akan berubah kepada filet ikan kalis peluru.

Cabaran nak masak ikan ini adalah dagingnya sangat lembut berbanding haiwan darat yang tahan lasak di dalam masakan, menjadikan ia lebih terbuka kepada sebarang kesilapan.

Disebabkan oleh ikan hidup di dalam air, kesulitan untuk memasak ikan dengan sempurna bukanlah perkara yang baru. Mari kita tengok resepi apa je yang boleh dibuat dengan ikan cencaru.

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

Bahan-bahan A: untuk masak

  • 4 ekor ikan cencaru
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak (untuk menggoreng)
  • 1 sudu besar minyak (untuk menumis)

Bahan-bahan B: untuk dikisar atau ditumbuk halus

  • 5 tangkai cili kering (dibuang biji, dan rebus atau 3 sudu besar cili giling)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 batang serai (pilihan)
  • 1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
  • Garam yang mencukupi

Cara penyediaan:

  1. Sambal: panaskan minyak di dalam kuali dan tumis kesemua bahan (B) untuk mendapatkan sambal yang pekat dan pecah minyak.
  2. Angkat dan sejukkan.
  3. Ikan: cuci ikan cencaru dan selar bahagian bawah tanpa sentuh bahagian depan dan perut.
  4. Sapukan garam dan serbuk kunyit dengan rata pada ikan.
  5. Sumbatkan sambal yang dimasak tadi sehngga penuh.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga masak.

RESEPI IKAN CENCARU PANGGANG KOREA

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana, dibersihkan dan butterflied, bahagian ekor dibiarkan)
  • 2 sudu besar pes cili Korea (gochujang)
  • 1 sudu besar minyak canola
  • 1 sudu besar kicap kurang natrium
  • 2 sudu teh cuka beras
  • 1 sudu teh halia segar (disagat)

Cara penyediaan:

  1. Pukul pes cili (gochujang), kicap, cuka, dan halia bersama ke dalam sebuah mangkuk kecil sehingga sebati. Pindahkan 2 sudu besar perapan ke dalam mangkuk berasingan dan ketepikan.
  2. Kepakkan ikan cencaru anda untuk tunjuk bahagian isinya. Letakkan ikan di dalam kuali leper besar atau di dalam loyang dan sapu rata perapan yang tinggal pada isi ikan. Biarkan ikan diperap di dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga 1 jam.
  3. Panaskan pemanggang atau sediakan api arang 20 minit sebelum anda mula memanggang ikan.
  4. Sapukan rak pemanggang dengan rata menggunakan minyak. Panggang ikan, bahagian isi di bawah selama 3 minit.
  5. Terbalikkan ikan menggunakan sudip besar, sapukan perapan 2 sduu besar yang telah diasingkan tadi kepada ikan dan sambung panggang ikan sehingga bahagian tengahnya legap, ia mengambil masa lebih kurang 3 ke 4 minit.

Tips:

  • Anda memerlukan ikan cencaru yang telah dibersihkan, dikepakkan bentuk kupu-kupu dan kepalanya dipotong (bahagian ekor dibiarkan).
  • Ikan cencaru ada musimnya sukar untuk didapati, tapi anda boleh memesan dan minta untuk bersihkan ikan di kebanyakan pasar ikan atau bahagian ikan di pasaraya besar. Buat panggilan terlebih dahulu okay!
  • Pes cili Korea (atau juga dikenali sebagai gpchujang) adalah sambal pedas yang diperbuat daripada cili merah, kacang soya dan garam yang telah ditapai. Boleh didapati di pasar orang Asia dan Korea, juga di atas talian.
  • 2 sudu besar miso, 2 sudu sos cili gaya orang Asia seperti sriracha dan 2 sudu besar molasses boleh digunakan sebagai pengganti kepada pes cili Korea jika tiada.

RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan A: utama

  • 3 ekor ikan cencaru (saiz sederhana)

Bahan-bahan B: dikisar

  • Satu genggam cili kering (rebus sehingga kembang)
  • 1 bawang besar (saiz sederhana)
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan C: rempah-rempah

  • 2 pelepah daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 6 sayur bendi

Cara penyediaan:

  1. Basuh dan bersihkan ikan cencaru kemudian perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis kesemua bahan (B) sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kemudian, anda boleh masukkan air asam jawa. Bila dah kacau rata, tambah air kalau nak kuah yang banyak.
  4. Apabila kuah dah mendidih, boleh masukkan sayur bendi.
  5. Perasakan dengangaram dan serbuk perasa dengan baik.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Belacan di dalam resepi ini boleh dibakar atau tidak. Anda juga boleh gunakan belacan berkualiti tinggi, jenis ini tidak perlu bakar dah.
  • Tambah gula bila anda sudah selesai merasa saja okay. Ini untuk tidak bagi kuah terlalu manis kalau perasakan gula dan garam pada masa yang sama. Perasakan asam pedas anda mengikut citarasa sendiri.

Walaupun ikan cencaru tidak menjadi kebiasaan santapan seperti ikan lain jika di rumah, tetapi resepi-resepi ini akan pastikan anda mempunyai pengalaman merasai kelazatan rasa ikan cencaru.

Ikan tinggi dengan protein, makanan rendah kalori dan kaya dengan asid omega 3. Asid ini sangat penting untuk gaya hidup yang sihat, kerana badan kita tidak untuk menghasilkan asid ini.

Ikan cencaru sendiri penuh dengan nutrient penting seperti protin dan vitamin D. Ia juga merupakan sumber asid lemak omega-3 terbaik di dunia.

Terdapat banyak lagi resepi yang guna ikan cencaru, namun kami pilih tiga terbaik untuk anda cuba di rumah. Sangat sesuai untuk makan tengahari atau makan malam.

SUMBER:

https://www.limaohio.com/news/463917/how-to-grill-fish

https://resepichenom.com/resepi/ikan-cencaru-sumbat-sambal/show

https://www.eatingwell.com/recipe/250118/korean-grilled-mackerel/

https://resepi.my/resepi-asam-pedas-ikan-cencaru-resepi-paling-mudah/

https://www.rotinrice.com/asam-pedas-spicy-tamarind-fish/

https://bh.goodtaste.com/catalogue/horse-mackerel_31589/

error: Content is protected !!