Now Reading
Resepi Ikan Kukus Siakap Cina

Resepi Ikan Kukus Siakap Cina

Ikan kukus siakap cina

Ikan kukus dimasak menggunakan wap dari air yang mengewap dalam ruangan tertentu atau haba untuk memasak menggunakan tekanan yang tinggi.

Mengukus makanan dikategorikan sebagai gaya hidup dan satu langkah baik dalam penjagaan makanan. Bila dibandingkan dengan makanan mentah, mengukus boleh mengurangkan asid folik sebanyak 15%, manakala merebus boleh mengurangkan sebanyak 35% dari zat makanan. Bagi menjaga dan mengekalkan zat makanan dari berkurang,teknik ini disarankan berbanding merebus atau secara mikrogelombang.

Mengukus dapat menjimatkan masa dan tenaga, dengan meletakkan pelbagai makanan secara bertingkat. Selain itu, mengukus dapat tekstur makanan.

Ikan kukus adalah kegemaran masyarakat Cina. Resepi ikan siakap kukus bersama kicap, bawang dan halia ini adalah resepi ikan yang wajib anda cuba! 

  • Masa penyediaan – 20 minit
  • Masa memasak – 15 minit
  • Tahap: Sederhana
  • Saiz hidangan: 4orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Periuk
  • Alat pengukus

Bahan-bahan Ikan Kukus Siakap Cina:

  • 1 ekor ikan siakap (600g-700g)
  • 3 sudu teh halia segar (hiris halus)
  • 2 helai daun bawang (potong halus, bahagikan bahagian hijau antara putih)
  • 8 tangkai cili segar (dicincang)
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 cawan kicap soya
  • Serbuk lada putih secukup rasa

Cara penyediaan:

Cara bersihkan ikan:

  1. Buang sisik daripada ikan dengan menggunakan pisau bergerigi.

2. Potong sirip dengan menggunakan gunting dapur. Biarkan ekor dan kepala sebagai persembahan bagi hidangan.

3. Lihat rongga ikan, dan anda akan nampak tulang belakang. Anda mungkin juga melihat selaput yang perlu dicucuk dan dipotong, mengeluarkan garis darah berhampiran tulang. Bersihkannya dengan teliti dengan sudu atau jari anda.

4. Periksa kepala dan insang ikan. Anda sepatutnya membuang segala sisa insang. Keluarkan dengan gunting dan bilas sehingga bersih.

5. Bilas ikan buat kali terakhir, buang air berlebihan (tidak perlu ditepuk hingga kering) dan pindahkan ke atas pinggan kalis api untuk dikukus.

Cara menyediakan ikan kukus:

1. Untuk mengukus ikan, gunakan pinggan tahan haba yang panjang. Untuk menampung pinggan tersebut, gunakan rak stim logam. Sekiranya anda perlu meninggikan pinggan tersebut, letakkan rak di atas tin logam  (yang kedua-dua hujungnya dibuang)

2. Kukus selama 9 minit dan matikan api. Gunakan pisau mentega untuk memeriksa isi ikan sekiranya ia sudah masak atau belum. Isinya mestilah berwarna putih hingga ke tulang, tetapi tulang mesti berwarna sedikit jelas dan tidak dimasak sepenuhnya.

3. Seterusnya, tuangkan semua cecair yang terkumpul di atas pinggan tengan berhati-hati.

4. Taburkan halia, daun bawang dan ketumbar di atas ikan.

Cara menyediakan kuah ikan

1. Panaskan 2 sudu minyak dan separuh lagi bahagian halia di dalam periuk sehingga halia mula berwarna keemasaan.

2. Kemudian, tambah air, garam, gula, kicap, dan serbuk lada putih dan panaskan campuran sehingga ia mendidih.

3. Setelah mendidih, tambahkan lebihan minyak dan bahagian putih daun bawang sehingga kuah mula mereneh dan mendidih sekali lagi.

4. Cedokkan kuah dan tuang ke atas ikan. Hidangkan.

Selamat mencuba!

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Zebra Chef Knife (6’/7’/8′)

RM54.90

Pemegang yang selesa memastikan cengkaman yang selamat. Tahan lama; Boleh dipercayai dan sangat serba boleh. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai dengan seorang chef kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan basic ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

error: Content is protected !!