Ikan sardin segar kalau digoreng memang sangat sedap. Kalau nak lebih senang, pakai ikan sardin dalam tin. Zaman sekarang ini, sardin bukan makanan orang yang tak berduit tetapi kira makanan mewah sebab sardin agak mahal. Jom kita cuba resepi sardin tumis yang sangat mudah ini.
Bahan – bahan :
- 1 senduk nasi minyak masak
- 1 senduk nasi cili kisar campur
- 1 tin kecil Sardin King Cup (asingkan kuah dan ikan)
- 1 tin air
- 1/2 biji bawang holland – dihiris
- 1 biji kentang – potong 8
- 1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
- 1/2 sudu kecil gula
- Secubit garam
Cara-cara memasak sardin tumis:
1. Tumis cili kisar (dah ada bawang besar & putih dalam nya) sampai pecah minyak. Masukkan kuah sardin dan kacau sekali.
2. Masukkan ikan dan tambah air. Guna tin sardin yg sama untuk menyukat air. Letak perasa. secubit garam dan gula. Tak perlu letak banyak garam sebab perasa dah masin.
3. Masukkan bawang dan kentang. Kacau sekali sekala untuk elakkan ikan sardin melekat di dasar kuali.
4. Tutup kuali dan kecilkan api, biarkan selama 10minit. Sedia untuk dihidangkan.
Tips penting :
- Asingkan ikan sardin dan kuahnya dan pastikan tiada bendasing.
- Jika tak nak gunakan kuah dalam tin, boleh tumis dan gunakan cili kisar sahaja.
- Boleh juga tambah sos tiram dan serbuk perasa jika suka.
- Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
Simple dan sedap. Selamat mencuba!
Source:
https://www.bellajamal.com/2019/07/resepi-ikan-sardin-simple.html
https://cookpad.com/my/recipes/13977722-sambal-tumis-sardin-berkentang-dan-bawang