Now Reading
Resepi Ikan Singgang Mudah Untuk Anda Yang Sedang Berdiet

Resepi Ikan Singgang Mudah Untuk Anda Yang Sedang Berdiet

Resepi Ikan Singgang, resepi mudah untuk anda yang sedang berdiet

Resipi ikan singgang ini lebih dikenali di negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan kerana keunikan cara masaknya. Ia juga sememangnya adalah satu menu sihat bagi anda yang sedang berdiet kerana tidak menggunakan minyak atau perasa berlebihan.

Anda boleh menggunakan ikan yang sesuai mengikut pilihan seperti ikan kembung, ikan selar, ikan tenggiri atau jenis ikan lain yang bersesuaian. Ikan masak singgang dengan gulai jernih dan aroma dicampur rebusan air bersama beberapa ramuan wajib, iaitu kunyit hidup, halia, bawang putih dan lengkuas ternyata membangkitkan selera.

Jadi, apa tunggu lagi? Mari kita lihat resepi ikan singgang mudah menggunakan ikan kembung di bawah.

Bahan-Bahan:

  • 3 potong ikan tenggiri
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 batang sayur bendi
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM57.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

SUMBER

https://www.azhafizah.com/2017/03/menu-diet-ikan-masak-singgang.html

error: Content is protected !!