Resepi kari daging adalah resepi yang sangat popular dalam masyarakat kita. Hidangan ini sesuai dimakan bersama hidangan lain seperti nasi dan roti.
Pelbagai jenis majlis yang diadakan di negara ini seperti majlis perkahwinan dan akikah pasti akan menyediakan hidangan kari daging untuk para tetamu. Kari daging boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis daging seperti ayam, daging lembu, daging kerbau, daging kambing, dan lain-lain.
Bahan bahan:
- 1/4 kg daging
- 2 biji ubi kentang
- 4-5 ulas bawang merah – hiris
- 3 ulas bawang putih – hiris
- 1 inci halia – hiris
- Rempah penumis – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 1 kotak santan kotak
- 1 keping asam keping atau sedikit air asam jawa
- Sedikit kerisik
- Garam
- Serbuk perasa
Langkah-langkah penyediaan:
- Pertama sekali, panaskan minyak lalu tumis rempah dan bawang, hirisan halia dan daun kari. Tumis sehingga naik bau wangi.
- Masukkan serbuk kari secukup rasa dan kacau dengan cepat untuk mengelakkan hangit. Kemudian, masukkan sedikit air. Biarkan mendidih dan pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan daging. Terus masak sehingga daging empuk. Sekiranya perlu, anda boleh menambah sedikit santan cair semasa memasak daging.
- Setelah daging hampir lembut, masukkan santan, air dan kentang secukupnya. Biarkan sehingga masak, daging menjadi lembut dan kuahnya benar-benar berminyak.
- Akhir sekali masukkan asam keping, garam, kerisik dan serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sumber:
https://www.aziekitchen.com/2017/06/kari-daging-yang-sedap.html