Kerabu Maggi adalah salah satu makanan popular di pantai timur. Mudah, cepat, rasanya sedap. Ia sangat disukai oleh setiap lapisan masyarakat.
Kerabu Maggi ala thai adalah sesuatu makanan ringkas yang menjadi selera orang ramai. Rasanya masam pedas yang sangat sesuai dengan tekak asia tambahan lagi dicampur dengan makanan laut, fuh!
Sangat sedap untuk dimakan pada masa lapang!
Untuk memulakan resepi ini, kita harus terlebih dahulu menyediakan beberapa bahan. Anda boleh memasak Kerabu Maggi ala thai dengan cuma menggunakan 10 ramuan dan dengan 2 langkah mudah.
Tips! Kalau ada Kerabu Maggi yang lebih dan belum sempat dihabiskan atau dimakan, boleh simpan di dalam peti ais dan keesokkannya boleh nikmatinya seperti salad mi yang sejuk. Nikmati sejuk-sejuk pun boleh tahan sedap juga.
Bahan-Bahan: –
- Mi segera jenama Maggi atau apa sahaja mi segera yang ada di dapur
- Sediakan 1 kiub tomyam.
- Ambil cili mata burung.
- Sediakan bawang besar yang dihiris kasar.
- Sediakan makanan laut pilihan seperti udang, sotong
- Dapatkan sos Ikan.
- Dapatkan jus limau nipis
- Ambil tomato dan dipotong dadu
- Siapkan ketumbar (hiasan).
- Siapkan cendawan putih.
Langkah-Langkah Penyediaan
- Rebus mi segera, makanan laut, cendawan.
- Campurkan semuanya dan sesuaikan rasa dengan sos ikan dan perahan jus limau nipis
Siap! Mudah je kan. Kalau disuruh kanak-kanak yang buat pun pasti mereka boleh lakukannya. Maklum sahajalah, ia tidak memerlukan proses masakan menggoreng pun.
Lebih enak sebenarnya kalau nikmati Kerabu Maggi ini bersama nasi sambil bertemankan Tom Yam. Baru dapat rasa keenakkan yang asli seperti sedang menikmati masakan Thailand di gerai-gerai masakan Thai.
Oh! Kalau korang nak tahu, sebenarnya rahsia utama membuat Kerabu Maggi yang asli adalah dengan menggunakan mi segera jenama Thailand yang dipanggil “Serda”. Plastiknya berwarna merah.
Mungkin anda boleh mendapatkannya di pasaraya-pasaraya bersar mahupun di restoran-restoran Thailand yang terkemuka. Biasanya inilah mi segera yang mereka gunakan untuk membuat hidangan Kerabu Maggi yang asli. Namanya aja Kerabu Maggi sebab di Malaysia, Maggi kan antara jenama Mi Segera yang disukai ramai.
Apa-apa pun, selamat mencuba ya!
SUMBER
ketodietfasting.com/1288-recipe-of-homemade-thai-kerabu-maggie/
banana-breads.com/1288-recipe-of-homemade-thai-kerabu-maggie/