Now Reading
Resepi Kuey Teow Kungfu Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kuey Teow Kungfu Yang Mudah Dan Sedap

kuey teow kungfu

Kuey teow boleh dimasak dengan pelbagai cara dan resepi dari rebus, goreng, dan sebagainya. Salah satu kuey teow kegemaran rakyat Malaysia adalah kuey teow kungfu yang sedap. Bagi mereka yang pertama kali merasainya pasti akan teringin lagi untuk memakannya. Yang penting, anda mestilah tahu resepi kuey teow kungfu.

Kuey teow kungfu terdiri daripada bahan-bahan seperti kuey teow yang disalut di dalam telur sebelum digoreng dalam minyak, makanan laut seperti udang dan sotong, isi ayam, sayur-sayuran seperti kubis, lobak merah, dan juga baby corn, dan banyak lagi.

Kuey teow kungfu juga sangat mudah didapati di restoran-restoran Melayu atau Melayu-Thai di negara ini. Pergilah ke negeri mana pun dalam Malaysia ini, pasti sangat mudah untuk anda cari kuey teow kungfu di dalam menu kedai tersebut.

Apabila di rumah, kita sering teringin untuk memakannya tetapi tidak pandai memasak kuey teow kungfu ni. Oleh itu, resepi kuey teow kung fu akan dikongsikan kepada anda sebagai rujukan untuk anda buat sendiri di rumah.

Resepi Kuey Teow Kungfu (1)

Bahan-bahan untuk kuey teow:

  • Kuey teow 500g
  • Telur 1-2 biji
  • Lada sulah 1 sudu kecil

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Bawang putih 3 ulas
  • Fishball atau fishcake 1 mangkuk
  • Hirisan isi ayam 1 mangkuk kecil
  • Udang 5 ekor
  • Sotong 3 ekor
  • Air 3 cawan
  • Hirisan sayur lobak
  • Bunga kobis
  • Jagung muda 3 batang
  • Sayur sawi
  • Lada sulah 1 sudu kecil
  • Serbuk pati ayam 1 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Tomato 1 biji
  • 6 biji cili padi, belah dua
  • Tepung jagung 1 sudu besar dibancuh dengan sedikit air
  • Hirisan daun bawang
  • Bawang goreng

Cara-cara penyediaan kuey teow:

  1. Kuey teow dibersihkan terlebih dahulu kemudian toskan.
  2. Telur dan lada sulah perlu dibancuh dan dikacau sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Masukkan kuey teow ke dalam mangkuk dengan anggaran seorang makan dan
  5. Masukkan telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Kuey teow dan telur digoreng sebelah-sebelah.

Cara-cara penyediaan kuah:

  1. Tumiskan bawang putih kemudian masukkan ayam, fishball dan fishcake dan kacau seketika.
  2. Campurkan air dan tunggu sehingga kuah mendidih kemudian msukkan sotong dan udang.
  3. Masukkan sayur-sayuran lobak, jagung, bunga kobis dan sawi.
  4. Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
  5. Setelah itu, masukkan tomato dan cili padi diikuti dengan air bancuhan tepung jagung.
  6. Kuah yang telah siap dituangkan di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.

Resepi Kuey Teow Kungfu (2)

Bahan-bahan:

  • Kuey teow 1/2 bungkus
  • Telur 3 biji
  • Lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bawang putih 3-4 ulas
  • Sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam
  • Bancuhan tepung jagung
  • Air secukupnya

Bahan-bahan A:

  • Isi ayam
  • Udang
  • Sotong

Bahan-bahan B:

  • Sayur Pakchoy 2-3 batang jagung muda – dihiris
  • Bunga kubis
  • Lobak merah
  • Tomato

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram kiub pati ayam bersama air kemudian gaul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan isi ayam, lobak merah dan jagung muda.
  4. Setelah itu, masukkan udang, sotong, bunga kubis dan juga sayur pakchoy. Biarkan mendidih dan sayur separuh masak.
  5. Bancuhan tepung jagung dimasukkan mengikut kepekatan yang dikehendaki dan tambahkan perasa dengan garam serta lada sulah dengan secukupnya.
  6. Setelah kuah siap, tuangkan ke atas kuey teow dan nikmatilah.

Resepi Kuey Teow Kungfu (3)

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Bawang putih 3 ulas
  • Isi ayam 1 ketul
  • Lada sulah
  • Hirisan lobak merah
  • Udang 5-6 ekor
  • Kek ikan
  • Bebola ikan
  • Sayur jagung muda 4-5 batang
  • Sotong
  • Kiub ayam
  • Tepung jagung 2-3 sudu besar
  • Cili padi
  • Sayur pak choy
  • Tomato 1 biji
  • Garam 

Bahan-bahan untuk kuey teow goreng:

Cara-cara penyediaan untuk kuah:

  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan lada sulah.
  3. Lobak, udang, fish cake, fish ball, baby corn dan last sekali sotong dimasukkan ke dalam kuali bersama air dan kiub ayam.
  4. Tepung jagung dibancuh bersama sedikit air kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam kuah.
  5. Masukkan cili, sayur pak choy, lada sulah, tomato dan garam secukup rasa.

Cara-cara penyediaan kuey teow:

  1. Kuey teow dibilas terlebih dahulu kemudian ditoskan.
  2. Setelah itu, tambahkan sedikit lada sulah dan garam pada telur kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan telur pada satu bahagian kuey teow.
  4. goreng kuey teow sehingga garing di bahagian tepi.
  5. Tuangkan kuah tadi pada kuey teow dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Kesimpulan

Kuey teow kungfu adalah hidangan yang sangat sedap dan cara memasaknya juga ringkas. Semua bahan-bahan resepi yang diperlukan juga senang didapati dan murah. Kuey Teow Kung Fu yang dimasak sendiri pastinya lebih sedap dan puas dimakan bersama keluarga tersayang.

Oleh itu, anda boleh memasak masakan ini sendiri di rumah dan menjadikan resepi ini sebagai rujukan. Selamat mencuba!

Sumber:

https://zayan.my/zayan-pit-stop/trending/resepi-kuey-teow-kung-fu

https://www.rasa.my/cara-masak-kuetiau-kungfu-paling-sedap-secara-homemade/

https://resepichenom.com/resepi/kuey-teow-kung-fu/show

error: Content is protected !!