Now Reading
Resepi Kuih Lompang Yang Sedap Dan Ringkas

Resepi Kuih Lompang Yang Sedap Dan Ringkas

Kuih lompang adalah salah satu kuih tradisi yang popular di Malaysia. Kuih ini berbentuk seperti cawan kecil dengan sedikit lubang kecil di bahagian tengah.

Cara membuat kuih ini adalah dengan mengukusnya, oleh kerana itu ia sangat sihat untuk dimakan kerana kurang minyak. Kuih tradisional ini boleh dijadikan makanan ringan yang dimakan bersama kelapa parut muda.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuih Lompang:

Bahan-bahan untuk air gula:

  • 1/4 cawan gula putih
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 keping gula nisan (kalau letak gula nisan, sukatan gula putih menjadi 1/2 cawan)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk kuih:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu membukit tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • Sedikit minyak, untuk sapuan pada acuan

Bahan-bahan untuk hiasan kelapa:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 – 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan

Langkah-langkah penyediaan

  1. Masak semua bahan untuk air gula. Kacau sehingga gula larut dan mendidih. Tapiskan air gula dan sejukkan.
  2. Masukkan tepung beras dan tepung ubi kentang ke dalam mangkuk. Tuangkan air gula dan air kapur kemudian gaul rata. Setelah sebati, tapiskan adunan untuk memastikan tidak ada ketulan.
  3. Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak. Masukkan ke dalam dulang dan kukus acuan selama 5 minit.
  4. Setelah 5 minit, tuangkan adunan lompang sehingga penuh. Kukus lagi selama 15-20 minit. Setelah kuih lompang siap dikukus, angkat dari pengukus dan sejukkan. Jangan keluarkan kuih lompang dari acuan semasa panas.
  5. Sementara menunggu, hias bahagian atasnya secara merata menggunakan kelapa parut, garam dan daun pandan.
  6. Kukus lagi selama 5 minit dan setelah itu, hiaskan kuih lompang. Sedia untuk dimakan.

Sumber:

https://resepichenom.com/resepi/kuih-lompang-lembut-berlesung-pipit/show

error: Content is protected !!