Now Reading
Resepi Kuih Sagu Merah Bersalut Kelapa Yang Tidak Melekit

Resepi Kuih Sagu Merah Bersalut Kelapa Yang Tidak Melekit

Kuih sagu merupakan kuih yang paling senang dibuat. Bukan sahaja senang dibuat malah bahannya sangat mudah didapati. Jika teringin makan kuih sagu, tidak usah membeli di kedai, anda boleh buatnya sendiri di rumah. Cuma, yang susahnya apabila hendak opastikan sagu itu tidak terlalu lembik atau tidak terlalu keras.

Kuih sagu ini sangat senang djumpai di gerai di tepi jalan malah di pasar malam dan bazaar Ramadhan. Kuih ini menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak. Lebih lebih lagi jika makan ketika minum petang dan dihidangakan bersama air teh. Oleh itu, sini saya kongsikan resepi membuat kuih sagu yang paling mudah.

Bahan-bahan untuk membuat kuih sagu:

  • 4 cawan sagu
  • 4 sudu gula pasir
  • 2 sudu perasa sirap
  • Daun pandan

Bahan-bahan salutan kuih sagu:

  • Kelapa parut
  • Garam secukupnya

Cara Penyediaan kuih sagu:

  1. Basuh sagu sehingga bersih.
  2. Toskan sagu yang sudah dibersihkan.
  3. Rebus sagu di dalam air Bersama daun pandan di atas api yang perlahan.
  4. Kacau sagu perlahan – perlahan sehingga sagu menjadi pekat.
  5. Kemudian, masukkan gula dan sirap untuk mendapatkan warna merah.
  6. Kacau sehingga sagu menjadi merah sekata.
  7. Tambahkan sirap sekiranya warnah merah itu kurang.
  8. Tuang sagu ke dalam loyang.
  9. Kukus sagu tersebut selama 25 minit.
  10. Sekiranya masih ada biji-biji yang putih, itu bermakna sagu belum masak sepenuhnya.
  11. Teruskan kukus sehingga hilang biji biji putih.
  12.  Namun, jika biji-biji putih tidak hilang sepenuhnya, tidak mengapa.
  13. Sejukkan dahulu sagu tersebut.
  14. Apabila sagu sudah menjadi suam, kemudian letakkannya di dalam peti ais untuk bagi sagu benar benar sejuk.
  15. Sementara menunggu, kukus kelapa parut atau beli sahaja yang sudah siap.
  16. Gaul kelapa parut tadi dengan sedikit garam.
  17. Apabila sudah simpan lebih kurang 4 hingga 5 jam, potong sagu itu menjadi segi empat atau apa apa bentuk yang anda mahukan.
  18. Kemudian, gaul sagu itu dengan kelapa parut yang sudah dicampur dengan sedikit garam tadi.

Tips Mendapatkan Sagu Yang Tidak Melekit

  • Elakkan membasuh biji sagu yang kering.
  • Elakkan rendam biji sagu sebelum ia dimasak.
  • Masukkan terus biji sagu ke dalam air yang mendidih.
  • Elakkan mengacau sagu dengan terlalu kerap.

Sumber:

https://www.rasa.my/resipi-kuih-sagu-tak-perlu-nak-masak-baru-kukus-paling-senang-nak-buat/

https://www.aziekitchen.com/2011/09/kuih-sagu.html

https://masakanmalaysiapedas.netlify.app/resep/3525-resepi-kuih-sagu-kelapa-viralni-mudah-jer-tapi-sedap/

http://namakucell.blogspot.com/2017/01/resipi-kuih-sagu-tanpa-kukus.html

error: Content is protected !!