Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.
Untuk pengetahuan anda, sajian laksa di Malaysia mempunyai tiga klasifikasi utama. Bagi yang tidak tahu tentang hal ini, teruskan membaca dan bersedia untuk menimba trivia laksa yang pasti membuatkan anda kelihatan seperti pakar laksa nanti.
Laksa dibahagikan kepada tiga klasifikasi iaitu kari laksa, asam laksa dan Sarawak laksa. klasifikasi ini dilakukan menurut bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan kuah laksa tersebut. Berikut merupakan ringkasan bagi setiap klasifikasi.
a) Kari Laksa
Kari laksa merupakan variasi laksa yang menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya.
Kari laksa lazimnya dikatakan sebagai laksa dengan pengaruh masakan Cina kerana menggunakan paf tauhu dan taugeh. Warna kuah laksa ini lazimnya berwarna kuning kejinggaan seperti warna mee kari dan seringkali dihidangbersama laksa halus atau mee.
b) Asam Laksa
Asam laksa pula merupakan variasi laksa yang tak menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya. Bahan utama dalam penyediaan kuah asam laksa ialah isi ikan yang direbus dan diperasa dengan asam gelugur.
Variasi laksa ini meletakkan banyak sayur seperti nenas, timun dan bawang, berbeza daripada kari laksa. Warna kuah lebih kemerahan dan pekat berbanding kuah variasi laksa yang lain.
c) Sarawak Laksa
Variasi laksa yang ketiga ialah sarawak laksa yang merupakan gabungan antara variasi kari dan asam laksa. Ia mempunyai kuah berwarna merah seperti asam laksa tapi lebih cair dan menggunakan santar seperti variasi kari laksa.
Resepi Laksa Ayam ini adalah hidangan yang sempurna untuk peminat makanan laksa dan makanan pedas. Tambahan lagi, ia bebas dari tenusu dan dimasak menggunakan pes laksa yang lazat.
- Masa penyediaan – 10 minit
- Masa memasak – 15 minit
- Tahap: Mudah
- Saiz hidangan: 2 orang
Peralatan yang diperlukan:
- Periuk
Bahan-bahan:
- 226.8 g thigh ayam dihiris nipis
- 1 sudu besar minyak kelapa
- 4 sudu pes laksa
- 2 cawan stok ayam
- 1 cawan santan rendah lemak
- 1 sudu besar jus limau
- 1 sudu besar sos ikan
- Garam secukup rasa
- Erythritol secukup rasa
- 1 bungkus mi Konjac
- 1/2 cawan taugeh
- 1 tangkai cili merah, dihiris
- Daun pudina segar
Cara penyediaan:
- Panaskan periuk tidak melekat di atas api tinggi. Tuang minyak kelapa dan ayam. Goreng sehingga ayam berwarna perang. (Nota: Anda juga boleh menggoreng ayam menggunakan ‘air fryer’ bagi versi lebih sihat).
- Keluarkan ayam dari periuk dan ketepikan.
- Tambah pes laksa rendah karbohidrat ke dalam periuk dan tumis selama 3-5 minit.
- Masukkan stok ayam dan biarkan mereneh.
- Masukkan ayam kembali, diikuti dengan santan, jus limau, dan sos ikan. Kacau dengan perlahan sehingga ayam masak.
- Masukkan garam dan pemanis secukup rasa.
- Sediakan mi Konjac anda mengikut label pada paket dan letakkan di dalam 2 mangkuk besar. Sendukkan kuah laksa.
- Hidangkan laksa dengan taugeh, cili potong dan daun pudina segar.
- Nikmati hidangan anda.
Selamat mencuba!
Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid
RM159.00
Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.
TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.