Now Reading
Resepi Laksa Johor Yang Enak dan Mudah

Resepi Laksa Johor Yang Enak dan Mudah

resepi laksa johor

Laksa Johor adalah tradisional makanan yang lazat dari Negeri Johor. Ia adalah mi berkuah yang berasal daripada kaum peranakan yang juga turut popular di Singapura.

Ia berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Peranakan. Laksa berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu laksha yang bererti, dimana ianya merujuk kepada banyak kandungan dan rempah yang digunakan untuk menghasilkan laksa.

Laksa Johor ini kerap menjadi hidangan di keraian, majlis, atau hari perayaan. Orang Johor kebiasaannya menghidangkan makanan ini pada hari raya atau ketika majlis-majlis.

Laksa Johor adalah sejenis hidangan menggunakan mi spaghetti, bawang merah besar, timun, daun kesum, limau kasturi, taugeh yang dimakan bersama kuah. Selain dari bahan-bahan ini, ada sesetengah daerah di Johor makan Laksa Johor dengan hirisan kacang panjang dan sambal belacan. Jom, kita cuba resepi laksa johor yang mudah ini!

Bahan-Bahan: –

  • Ikan perang atau ikan sardine, rebuskan ikan dan asingkan isinya.
  • 1 paket santan
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • Minyak masak yang cukup rasa.
  • 1 batang serai, dipotongkan
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 helai daun pudina
  • Asam keping (2-3 keping)
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk menyediakan stock udang:

  • Kupas kulit dan kepala udang, asingkan isi untuk bahan kisar B
  • Hiris 2 ulas bawang putih sehingga nipis

Bahan-bahan untuk kisar halus (A):

  • 1 ketul Kunyit
  • 1 batang Lengkuas
  • 1 ketul halia
  • 15 cili kering (buang biji dan redam air panas)
  • 10 biji bawang merah
  • Hiris 4 batang serai sehingga nipis
  • 1 sudu bakar belacan bakar
  • 1 setengah sudu besar udang kering (perlu direndamkan sampai lembut)

Bahan-bahan untuk kisar halus B:

  • Isi udang
  • 100g ikan masin rendam sampai lembut
  • Isi ikan rebus

Bahan-bahan untuk spaghetti/mi:

  • Spaghetti 1 paket
  • Garam 1 sudu besar
  • Minyak sedikit
  • Air secukupnya

Bahan-bahan untuk ulaman:

  • Timun hiris nipis
  • Taugeh
  • Hiris nipis daum kesum
  • Kacang panjang
  • Bawang besar hiris nipis
  • Limau kasturi
  • Lobak masin
  • Hiris nipis bunga kantan
  • Hiris nipis daun selasih

Bahan-bahan untuk menyedia sambal belacan:

  • Cili merah 6 biji
  • Cili padi 15 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Belacan bakar
  • Jus limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa

Langkah-Langkah Penyediaan

Stok Udang

  1. Kisar kulit udang dan kepala udang sehingga halus.
  2. Kemudian tapis airnya.

Spaghetti

  1. Didihkan air.
  2. Masukkan spaghetti kering dan garam ke dalam air panas itu.
  3. Rebus dan gaulkan dengan sedikit minyak.

Kuah Laksa:

  1. Tumis Bahan Kisar Halus A dengan minyak masak sampai naik bau.
  2. Tuangkan serai dan serbuk kari dan gaulkan dengan api perlahan sehingga garing
  3. Campurkan Bahan Kisar Halus B, stok udang, air rebusan ikan sehingga kuah mendidih.
  4. Kemudian, masuk santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam sehingga pekat.
  5. Lepas itu, boleh dihidangkan dengan spaghetti, bahan ulaman sambal belacan.

Sambal Belacan

  1. Cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan dikisarkan bersama.
  2. Lepas itu, perah jus limau kasturi, garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidang.

Tips untuk menjadikan hidangan Laksa Johor lebih menarik adalah hendaklah dipastikan supaya kuah yang dimasak itu berkonsistensi pekat dan bagi menyerlahkan lagi rasa ikan, mungkin boleh gantikannya dengan ikan jenis ikan Tenggiri atau ikan Parang.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/malaysian/johor-laksa.html

https://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/malaysian/laksa-johor.html

https://www.sbs.com.au/food/recipes/laksa-johor

error: Content is protected !!