Now Reading
Resepi Lokching Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Lokching Yang Sedap Dan Mudah

lokching

Lokching adalah salah satu makanan makanan tradisional yang terkenal di Kelantan. Antara ramuan asas lokching adalah tepung kanji dan garam yang diadun bersama isi ikan, ayam, daging, ketam dan udang.

Adunan ini kemudiannya akan dibentuk menjadi bebola atau bentuk lain yang unik. Lokching yang telah dibulatkan akan dicucuk pada lidi menjadi sate dan dibakar di atas bara api. Sos Thai istimewa adalah sos yang khusus untuk dimakan bersama lokching.

Lokching amat mudah didapati di pasar-pasar malam dan ia juga sering dijual oleh penjaja. Dahulu di sekolah-sekolah, selepas tamat waktu sekolah, pastinya sangat mudah untuk kita jumpa penjaja yang menaiki motosikal dan membawa tong kecil berisi lokching dan juga pemanggang di belakang motosikal mereka.

Namun, pada masa kini, anda juga boleh mencuba sendiri membuat lokching dengan beberapa resepi yang akan dikongsikan.

Jadi, mari kita lihat resepi-resepi lokching yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

RESEPI LOKCHING SOS MANIS

Sate Ikan Lokching Original Kelantan 50 cucuk (FREE sos pencicah) | Lazada

Bahan-bahan lokching:

  • Isi ikan selayang atau sardin 500gm
  • Tepung ubi kayu atau tepung kanji 200gm
  • Bawang besar 1 biji
  • Garam 1 sudu besar
  • Serbuk penaik 1 sudu besar
  • Soda bikarbonat 1 sudu kecil
  • Air

Bahan-bahan sos manis:

  • Bawang putih 4 ulas
  • Air (1 1/2 cawan)
  • Tepung ubi kayu atau tepung kanji yang dibancuh dengan sedikit air
  • Gula 4 sudu makan
  • Garam 1/2 sudu makan
  • Serbuk perasa
  • Pewarna merah

Cara-cara penyediaan lokching:

  1. Isi ikan dan bawang besar perlu dikisar bersama dengan sedikit air.
  2. Tepung ubi, serbuk penaik dan soda bikarbonat diayak bersama supaya tiada ketulan tepung.
  3. Bahan kisar dan bahan yang diayak perlu digaul bersama sehingga menjadi doh.
  4. Doh lokching perlu dibentuk menjadi bulat. Jika doh lembik, anda boleh menambahkan sedikit tepung ubi kayu.
  5. Doh yang telah dibulatkan harus digoreng sebentar.
  6. Kemudian, lokching sedia untuk dibakar.
  7. Setelah dibakar sampai betul-betul masak, angkat dari pemanggang.

Cara-cara penyediaan sos manis:

  1. Tumis kering bawang putih dalam periuk tanpa minyak.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Gula, garam, serbuk perasa dan sedikit pewarna makanan merah dimasukkan kemudian kacau sehingga sebati.
  4. Tepung kanji yang telah dibancuh dimasukkan bersama kemudian kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  5. Tunggu seketika sehingga sos sejuk dan sedia untuk dihidang.

RESEPI LOKCHING IKAN SELAYANG

Lokching Ikan Price & Promotion - Jun 2021| BigGo Malaysia

Bahan-bahan lokching:

  • Isi ikan Selayang 250gm dikisar lumat
  • Tepung ubi kayu 100gm
  • Tepung kanji
  • Bawang besar 1/2 biji
  • Garam 1 sudu teh
  • Serbuk perasa 1/2 sudu teh
  • Soda bikarbonat 1 sudu teh

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar isi ikan bersama bawang besar sehingga lumat.
  2. Gaulkan isi ikan yang telah dikisar tadi bersama tepung kanji, garam, dan soda bikarbonat sehingga sebati.
  3. Setelah menjadi doh, cubit adunan dan bentukkan menjadi bulat.
  4. Goreng bebola tadi sebentar pada minyak yang panas, kemudian angkat dan toskan.
  5. Bebola ikan tadi dicucuk pada lidi agar menjadi bebola sate ikan dan bakar sekejap. Siap!

RESEPI LOKCHING IKAN SARDIN

My Life & My Loves ::.: LOKCHING ...pernah makan tak??

Bahan-bahan:

  • Isi ikan sardin 500gm
  • 200gm tepung ubi kayu
  • 1 biji bawang besar
  • Garam 1 sudu besar
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Air

Cara-cara penyediaan:

  1. Isi ikan dan bawang besar dikisar bersama air.
  2. Tepung ubi, serbuk penaik dan soda bikarbonat diayak terlebih dahulu agar tidak berketul.
  3. Bahan kisar dan bahan yang telah diayak digaul sehingga sebati dan membentuk doh.
  4. Bentukkan menjadi bebola.
  5. Goreng bebola ikan sebentar, setelah itu panggang.
  6. Angkat dan hidangkan bersama sos.

Lokching sangat sedap dimakan lebih-lebih lagi ketika masih panas dan baru lepas dipanggang. Kita sering membeli lokching ini daripada penjual lokching yang berbasikal atau motosikal di kawasan kampung ataupun tempat tumpuan ramai orang.

Kini anda sendiri boleh membuat lokching sendiri di rumah anda dengan menjadikan resepi di atas sebagai rujukan anda. Pastinya ia akan menjadi lebih sedap dan puas dimakan bersama ahli keluarga. Selamat mencuba!

Sumber:

https://iluminasi.com/bm/resepi-lokching-paling-menyelerakan.html

https://www.rasa.my/cara-mudah-buat-sate-ikan-thai-yang-sedap-secara-homemade/

https://ohsemput.com/index.php/resepi-lokching-paling-menyelerakan?id=177338

https://www.lazada.com.my/products/sate-ikan-lokching-original-kelantan-50-cucuk-free-sos-pencicah-i1097032478.html

https://biggo.my/s/lokching+ikan/

http://mamatisya.blogspot.com/2014/09/lokching-pernah-makan-tak.html

error: Content is protected !!