Lontong adalah hidangan berkuah warna kuning yang kelihatan seperti masak lemak tetapi bukan. Ia mempunyai keistimewaannya tersendiri dengan segala bahan-bahan mudah seperti sayur-sayuran, udang dan lain-lain lagi. Rasa lemaknya yang asli daripada santan serta rasa sedikit pedas tetapi tidak begitu menyengat pasti memenuhi selera anda terutama ketika bersarapan di hujung minggu.
Jadi, sekarang jom lihat resepi lontong versi sihat pula yang boleh dinikmati oleh mereka yang sedang menjalani gaya hidup sihat. Resepi ini dikongsikan oleh pemilik The Life Clinic iaitu Datin Dr Serina Abdul Latif yang mengolah resepi asli lontong.
Bahan-bahan:
- 2 keping tauhu (dihiris dan digoreng)
- 20 batang kacang panjang (dihiris tebal)
- 450g kobis
- 2 batang lobak merah (dihiris panjang)
- 1 kiub pati ayam
- 200ml santan
- 2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak zaitun
Bahan-bahan kisar:
- 2 sudu besar udang kering
- 6 batang cili merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 4 biji buah keras
- 1 sudu serbuk kunyit
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak pada suhu sederhana.
- Setelah minyak panas, tumis sayuran-sayuran buat seketika dan ketepikan.
- Setelah itu, tumis pula bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Apabila bahan tumisan telah sekata dan naik bau, masukkan santan.
- Kacau semua bahan sehingga sebati.
- Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan digoreng terlebih dahulu tadi.
- Kacau hingga sebati seketika.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.
- Anda boleh makan lontong bersama nasi impat atau makanannya begitu sahaja bersama sambal ikan bilis atau sambal kosong.
Toshiba Blender
RM135.00
Bagi sesiapa yang gemar menjus buah-buahan dan sayur-sayuran segar, menggabungkan minuman yoghurt mereka sendiri, atau membuat koktel buah segar, pembuat smoothie dianggap sebagai bahagian penting dalam rutin ini . Dengan pembuat smoothie yang direka khas, anda dapat dengan cepat menyediakan buah-buahan, yogurt dan bahan-bahan campuran yang lazat untuk makanan keluarga, pada bila-bila masa sepanjang hari.
TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.
SUMBER
https://www.nona.my/doktor-cantik-kongsi-resipi-lontong-sayuran-versi-sihat/