Now Reading
Resepi Maggi Goreng “Mamak Style” Guna 5 Bahan Je!

Resepi Maggi Goreng “Mamak Style” Guna 5 Bahan Je!

Maggi Goreng

Maggi Goreng paling sedap adalah Maggi Goreng yang dijual di kedai atau restoran mamak. Diminati ramai, entah kenapa agaknya sedap benar berbanding jika dimasak sendiri di rumah betul tak?

Jika diteliti betul-betul, sebenarnya Maggi Goreng yang dijual di kedai mamak adalah kosong belaka. Ia cuma dimasak menggunakan maggi kari semata yang kemudian dicampur sedikit bersama telur dan beberapa jenis sayuran seperti sawi, lobak merah mahupun kubis.

Resepi Maggi Goreng Mamak

Tips Buat Maggi Goreng Jadi Lebih Sihat

Meskipun ramai yang mengkritik tentang khasiat mi segara, kita sebenarnya boleh sahaja menjadikannya sebagai suatu hidangan yang sihat.

Biar ramai yang tetap menyangkal, mi segera sebenarnya akan menjadi tidak sihat jika ia dimakan selalu dalam kuantiti yang tidak terkawal.

Namun, jika kita mengawal kuantiti seperti penggunaan perencahnya serta ditambah dengan khasiat protein dan sayuran lain, hidangan mi segera seperti Maggi Goreng sememangnya mampu menjadi hidangan yang sihat dan berkhasiat.

  • Jangan guna kesemua perencah: Ini kerana, perencah mi segera biasanya mengandungi banyak sodium dan garam. Jadi untuk mengelak daripada hidangan mi segera menjadi tidak sihat sepenuhnya, sila kurangkan penggunaan perencah kepada separuh sahaja.
  • Rebus mi secara berasingan: Jika kamu menggemari hidangan mi segera bersup. Jangan masak sekali dengan perencah sebaliknya, boleh rebuskan mi dalam air yang berasingan.

Ini bagi memastikan sisa minyak kelapa sawit yang digunakan ketika proses pembuatan mi segera tersebut dapat dinyah keluar seterusnya membuatkan mi segera menjadi lebih sihat.

  • Gabungkan dengan ramuan bernutrisi: Mi segera itu sendiri sudah pun mengandungi banyak lemak dan karbohidrat. Untuk itu, gabungkan ia dengan aneka sayuran, ayam, daging mahupun telur sebagai sumber nutrisi tambahan.

Tak dinafikan, memang sedap makan di kedai berbanding di rumah dek kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian. Namun begitu, ada masa kita lebih senang bersantai di rumah -makan sambil menonton televisyen umpamanya.

Jika kamu teringin hendak makan juadah yang paling simple tetapi masih lagi mahu merasai kenikmatan seperti di kedai mamak. Boleh cuba resepi Maggi Goreng Mamak 5 bahan yang Ceria Sihat kongsikan ini!

Bahan-Bahan:

  • 2 Paket Maggi Kari
  • 1 – 2 Biji Telur
  • 3- 4 Batang Sayur Sawi (dipotong kecil)
  • Kubis (dihiris)
  • Timun (dihiris)


MAGGI Kari 5’S X 79G

RM 4.50

Tidak tahu nak makan apa? Masak sendiri mangkuk MAGGI® 2-Minute Noodles Curry yang sedap. Dibuat dengan cili asli dan campuran rahsia dari 12 rempah ratus, ia digabungkan dengan mi segar kami yang terbuat dari biji-bijian gandum Australia yang menjanjikan kepuasan dengan setiap kepingan. Masukkan bahan segar kegemaran anda untuk rasa yang lebih kaya dan makanan seimbang. Tidak hairanlah ia masih menjadi kegemaran rakyat Malaysia hingga hari ini!


QL Deli Fresh Eggs Grade A 15pieces

RM 8.90

QL Deli Fresh Eggs Grade A mempunyai 40% lebih sedikit kolesterol, dicapai dengan menggunakan makanan semula jadi yang berkualiti untuk ayam QL. Makanan diperbaiki dengan prebiotik untuk menjaga kesihatan ayam. Mulakan hari anda dengan telur yang merupakan kelas di atas klasik lain.

  • Menggunakan makanan semula jadi
  • Dengan makanan tambahan probiotik
  • Tanpa pewarna sintetik
  • 40% kurang kolesterol
  • 15 biji telur bersaiz besar

Cara-Cara:

  1. Celur Mee Maggi selama 2 minit sehingga masak. Asingkan perencah karinya untuk digunakan semasa menggoreng nanti.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun. Lalu, tumiskan sayur sawi dan hirisan lobak merah sehingga agak masak.
  3. Pecahkan telur dan biar ia masak seketika.
  4. Masukkan sekali 1 paket perencah maggi kari. Ingat, kalau nak sihat, perlu kurangkan perencahnya ya.
  5. Setelah kelihatan telur semakin garing, kacau agar telur menjadi hancur sedikit dan masukkan pula maggi yang telah dicelur awal tadi.
  6. Siap! Boleh nikmatinya bersama hirisan timun, perahan limau nipis dan sos cili jika suka.


Life Thai Chilli Sauce 750g

RM 8.66

Life Thai Chili Sauce dibuat dari cili terpilih yang diproses dengan teliti untuk menghasilkan sos berkualiti tinggi untuk pengguna. Life Thai Chili Sauce sesuai untuk semua pekerjaan kehidupan, baik di rumah, kedai mamak kegemaran anda, rangkaian makanan segera antarabangsa kegemaran anda dan juga rumah nenek anda.

Cadangan penulis, kamu boleh makan Maggi Goreng ini panas-panas sambil bertemankan teh tarik kalau hendak rasa betul-betul seperti di restoran mamak.


Ban Heang Teh Tarik

RM 25.50

Teh Tarik, atau secara harfiah juga dikenal sebagai pulled tea, di mana ia berasal dari proses menuang dan “menarik” teh semasa penyediaan. Teh Tarik telah disajikan dengan Roti Canai yang telah menjadi sarapan pagi rakyat Malaysia yang popular.

Untuk pengetahuan kamu lagi, memang ini sahaja ramuan utama yang diperlukan dalam Maggi Goreng ala mamak.

Rahsia utamanya adalah kamu perlu menggunakan perencah maggi kari dan bukannya serbuk kari biasa atau jenama perencah kari lain. Barulah rasanya saling tak tumpah seperti Maggi Goreng ala mamak.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://luveenalee.com/maggi-goreng-mamak-maggi-goreng-maggi-goreng-recipe-how-to-cook-fried-instant-noodles

error: Content is protected !!