Now Reading
Resepi Makaroni Bakar yang menyelerakan dan terbukti menjadi kesukaan ramai

Resepi Makaroni Bakar yang menyelerakan dan terbukti menjadi kesukaan ramai

makaroni bakar

Makaroni adalah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit, berasal dari Itali, dibuat daripada gandum durum, biasanya tidak ditambah telur dalam adunannya. Adunan ia biasanya dipotong pendek; jika dipotong panjang dengan lengkung ia biasanya dipanggil makaroni siku.

Makaroni biasanya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar, sepertimana banyak jenis pasta lain; namun ada juga kelengkapan yang memudahkan pasta jenis ini boleh dibuat di rumah. Bentuk melengkung yang kelihatan pada pasta ini disebabkan kelajuan yang berbeza pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin.

Selain hidangan sama seperti yang dibuat dengan lain-lain jenis pasta, makaroni dan keju merupakan hidangan popular di negara-negara berbahasa Inggeris, sering dibuat dengan makaroni siku. Puding makaroni manis, serupa dengan puding beras, juga sering dibuat.

BAHAN-BAHANNYA :
300 gram makaroni yang belum direbus, rebus hingga lembut dan toskan, gaul dengan sedikit mentega
Parutan keju mozarella secukupnya
White sauce secukupnya (resipi dibawah)
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Cincangan daun parsley secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
1 batang serai, ambil bahagian putih dan cincang halus
1 tangkai daun kari, hiris halus
1 tin tomato plum, diramas
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/4 bahagian traffic light capsicum, didadu
1/3 cawan air
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SOS PUTIH :
500 ml susu segar
2 1/2 camca besar tepung gandum
Sedikit parutan biji buah pala
Lada hitam kisar secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun kari hingga harum, masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna. Tambah rempah kari, goreng sekejap dan tambah sos cili, sos tomato dan tomato plum yang diramas. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan serbuk lada hitam. Tuang sedikit air dan masak hingga pekat. Tambah trafficlight capsicum dan garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matika api. Ketepikan.
  2. UNTUK SOS PUTIH :- Panaskan susu segar, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati. Masak dengan api kecil dan terus mengacau. Tambah parutan biji pala, lada hitam kisar dan sedikit garam. Kacau rata dan masak hingga sos putih kelihatan pekat. Matikan api dan tutup periuk tadi. Ketepikan.
  3. UNTUK MAKARONI BAKAR ALA MELAYU :- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas berukuran 10inci x 8inci x 2inci dengan mentega. Masukkan 1/2 bahagian makaroni, lapiskan dengan 1/2 bahagian inti, ratakan, dan 1/2 bahagian sos putih, ratakan dan tabur parutan keju secukupnya.
  4. Lapis dengan baki makaroni, inti, sos putih dan akhir sekali baki parutan keju mozarella. Tabur hirisan daun parsley dan bakar 40 – 45 minit atau hingga permukaan kelihatan perang keemasan. Keluar dan biar suam. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM159.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

SUMBER

https://maesmenu.com/recipes/healthy-macaroni-and-cheese-baked-or-stovetop

error: Content is protected !!