Tak ramai dari kita meminati masakan yang dimasak secara kukus terutama masakan yang menggunakan sumber protein dari laut iaitu ikan. Sekiranya ikan tidak dicuci dan dimasak dengan cara yang betul, potensi masakan berbau hanyir adalah tinggi. Kesannya, seseorang itu mungkin tidak menyukai makanan berkonsepkan kukus atau terus tidak menyukai menu ikan itu sendiri. Sedangkan khasiat yang terdapat pada ikan sangat penting kerana ianya mengandungi sumber protein yang berkualiti tinggi, iodine, vitamin D, lemak omega-3 dan beberapa jenis vitamin dan mineral yang lain.
Selain daripada itu, umum mengetahui masakan yang dimasak secara kukus juga sangat baik untuk ibu berpantang dan juga bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Namun tak perlu tunggu sehingga masa berpantang ataupun pada masa ingin kuruskan badan sahaja untuk menjadikan masakan ikan secara kukus sebagai menu seharian. Di sini kami kongsikan kepelbagaian resepi ikan kukus untuk dicuba.
Ikan Siakap Stim Limau
Bahan-bahan :
- Seekor Ikan Siakap
- 5 ulas Bawang Putih
- Stok Ayam (kalau tidak ada, guna 1 kiub pati ayam kacau dengan ½ cawan air panas)
- Cili Api Merah
- Daun Limau Purut
- Serai
- Halia
- Daun Ketumbar
- Limau Nipis
- Sos Ikan (5 sudu besar)
- Garam dan Gula secukup rasa
Cara-cara :
- Bersihkan ikan siakap (buang isi perut) dan kelarkan
- Sediakan bekas yang sesuai mengikut saiz ikan dan letak dalam pengukus.
- Potong serai secara kasar dan menyerong. Koyakkan daun limau purut.
- Sumbat serai, daun limau purut dan halia dalam perut ikan.
- Kiub ayam yang telah dilarutkan tadi, curahkan di atas ikan dan masukkan di dalam pengukus. Biarkan sehingga ikan betul-betul masak.
- Sediakan mangkuk. Masukkan bawang putih yang telah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan garam dan gula dan kacau sebati. Sekiranya sudah puas hati dengan rasanya, ketepikan.
- Apabila ikan telah masak, keluarkan ikan dan letak di dalam pinggan yang bersesuaian.
- Curahkan larutan bahan yang telah dikacau pada item 6 (yang sudah dicampurkan dengan daun ketumbar)
- Sedia untuk dimakan!
Ikan Kerisi Masak Stim Lemon
Bahan-bahan :
- 2 ekor Ikan Kerisi
- 1 tangkai Serai
- 5 biji Bawang Merah
- 5 ulas Bawang Putih
- Halia
- 3 helai Daun Limau Purut
- 1 biji Lemon
- 1 sudu besar Kicap Manis
- Garam secukup rasa
Cara-cara :
- Potong bawang merah, bawang putih, halia, lemon dan serai secara nipis. Ketepikan.
- Siang ikan dan cuci sehingga bersih.
- Letak ikan tadi kedalam mangkuk dan gaulkan dengan garam, gula dan kicap manis secukup rasa.
- Sediakan bekas yang bersih dan susun cantik ½ bahan yang telah dipotong sebentar tadi.
- Selepas itu, masukkan sedikit garam dan gula serta perah ½ biji lemon ke atas bahan-bahan yang telah disusun tersebut.
- Perlahan-lahan, letak ikan diatas bahan-bahan yang telah disusun tersebut. Manakala baki bahan yang telah dipotong di taburkan di atas ikan.
- Perah jus lemon di atas ikan dan hias dengan dua hirisan lemon sebagai hiasan.
- Kukus ikan selama 20-25 minit. Siap!
Ikan Jenahak Masak Stim Asam Boi
Bahan-bahan :
- Seekor Ikan Jenahak
- 3 biji Asam Boi
- Halia
- Sebatang Serai
- 5 ulas Bawang Putih
- 1/2 biji Bawang Besar
- Daun Bawang
- 1/2 biji Tomato
- Sebiji Limau Nipis
- 5 biji cili Melaka
- Sos Tiram
- Garam secukup rasa
- Sos Ikan Thai
Cara-cara :
- Masakkan ikan dalam loyang, bawang putih di tumbuk,halia, bawang besar,cili melaka dan serai dan tomato dipotong masukkan sekali dlm loyang dan dalam perut ikan.
- Bancuh sos tiram,sos ikan thai, sedikit garam dan secukup rasa rasa terlbh dahulu dan tuang atas ikan tadi.
- Masukkan asam boi. Bila ikan sudah masak taburkan daun bawang atas ikan dan siap untuk di hidangkan
Ikan Stim Chinese Style
Bahan Stim : A
- 1 ekor ikan siakap atau ikan kerapu
- 1 biji Bawang Holland – dihiris
- 1 mangkuk kecil Bunga Kubis –dipotong
- 3 inci Halia Muda – dipotong memanjang
- 4 biji Cili Padi – diketuk
- 1 sudu kecil Lada Sulah
- 1 sudu kecil Lada Putih
- 1 sudu kecil Gula
- 1 sudu kecil Sos Tiram
Bahan Sos : B
- 2 sudu besar Kicap Cair
- 1 sudu makan Kicap Manis
- 1/3 sudu Minyak Bijan – pilihan
Bahan C : Minyak & Bawang Putih
- 3 ulas Bawang Putih – dihiris
- 3 sudu makan minyak masak
Bahan sampingan : D
- 1/2 batang Lobak Merah – disagat memanjang
- 1 pokok Daun Bawang – potong halus memanjang
Cara-cara :
- Sediakan bahan C. goreng sebentar bawang putih, jangan hangit. Ketepikan.
- Didih air di dalam periuk pengukus.
- Satukan bahan A dan lumurkan pada ikan. Lumurkan juga ikan lada sulah, lada putih, sos tiram dan gula.
- Kukus sehingga masak.
- Angkat ikan dari tempat kukusan, siram bahan C (bawang putih bersama dengan minyak).
- Kemudian tuangkan bahan B
- Akhir sekali hias dengan bahan D, siap sedia dihidang.
Sumber:
https://www.healthline.com/nutrition/11-health-benefits-of-fish#TOC_TITLE_HDR_2
https://www.rasa.my/resepi-ikan-siakap-stim-yang-mudah-dan-sedap/