Now Reading
Resepi Mee Sedap Viral

Resepi Mee Sedap Viral

Mee Sedap

Resepi Mee Sedap viral adalah koleksi menu paling yang paling di gemari oleh semua. Mee adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung gandum yang diuli tanpa menggunakan campuran serbuk penaik dan di potong secara silinder lalu di celur  dalam air yang mendidih.

Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak.

Antara Resepi Mee Sedap viral:

Mee Maggi Kari Tumis

Bahan utama:

  • 2 bungkus maggi segera
  • 1 butir telur
  • 2 sudu kecil serbuk kari ayam
  • ‘Fishcake’ (hiris-hiris)
  • 3 cawan air
  • Minyak masak secukupnya.
  • 2 sudu makan sos cili

Bahan tumbuk:

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula tumbuk dan lumatkan bahan tumbuk dulu.
  2. Selepas itu panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan kemudian masukkan telur ,rempah maggi dan serbuk kari .kacau sedikit kemudian masukkan air.
  4. Biarkan air mendidih, kemudian masukkan sos dan maggi. Biarkan kembang dan jangan lupa kacau-kacau sedikit.
  5. Apabila maggi sudah lembut baru masukkan fishcakes tadi.
  6. Siap di hidang.

Mee Sedap Jawa

mee sedap

Bahan utama:

  • 1 kg mee kuning (rebus dengan sedikit garam dan celur dalam air panas)
  • 500g daging (rebus lembut dan hiris nipis)
  • Air rebusan daging
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Minyak masak secukupnya.
  • 1   kg keledek (direbus dan dikisar)
  • 2 biji kentang (direbus dan dikisar)
  • 1 senduk nasi cili kering kisar
  • 1/2 senduk nasi serbuk kari daging

Bahan tumis rempah:

  • 4 Bunga lawang
  • 2 Kayu manis
  • 4 cengkih
  • 3 sudu makan jintan manis

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 batang serai 
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 100 g udang kering kasar
  • 50g udang geragau

Bahan hiasan:

  • 400g tauge (buangkan kakinya)
  • 4 helai daun bawang (dihiris)
  • 10 tangkai cili merah (dihiris)
  • 12 keping tauhu bulat goreng (dihiris nipis)
  • 8 butir telur rebus (dibelah)
  • 8 biji limau nipis (dibelah)
  • 1 paket kecil bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan rempah dahulu sehingga naik bau kemudian bahan yang dikisar sehingga garing.
  2. Tambah cili kisar dan serbuk kari tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging yang direbus tadi dan gaul mesra biar sebati.
  4. Masukkan air rebusan daging dan gula.
  5. Kemudian, masukkan keledek dan kentang yang dikisar tadi.
  6. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. Biarkan hingga kuah mendidih dan pecah minyak.
  7. Angkat dan hidangkan . Siap.
  8. Boleh tabur kan dengan bahan hiasan ikut cita rasa masing-masing.
  9. Selamat mencuba

Sizzling yee mee

Resepi: Ida Zairi

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus Yee mee
  • 1 ekor ayam
  • 1 genggam cendawan kering (rendam dulu)
  • 5 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu kicap lemak manis
  • 1 sudu minyak bijan/minyak masak
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu makan gula

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 tangkai cili kering (kisar)
  • 1 sudu kecil lada hitam

Untuk Kuah sizzling:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan sedikit minyak, bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan tunggu sehingga ayam masak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
  4. Masukkan cendawan .
  5. Masukkan 1liter air, dan letak kiub ayam .kemudian, letak sedikit garam dan  gula.
  6. Bila dah menggelegak, Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung jagung. Bancuhan tepung jagung adalah untuk memekatkan kuah. Masuk sedikit demi sedikit dan boleh tentukan anda nak kuah anda pekat mana.
  7. Dah pekat. Tutup api.

Untuk yee mee:

  1. Sediakan periuk lain, masukkan yee mee dan curahkan kuah sizzling ke atas yee mee.
  2. Buka api dapur, Kemudian masukkan sayur pakchoy dan ,telur.
  3. Masak sekejap hingga yee mee lembut.
  4. Lakukan berulang kali jika hidangan banyak.
  5. Siap.

Resepi Mee Celup Thai

Resepi oleh: Maya Miera

mee sedap

Bahan tumbuk:

  • 1 mayang bawang putih (ditumbuk)
  • 4  Akar ketumbar (ditumbuk)
  • 2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1 inci halia (diketuk)

Bahan untuk kuah:

  • 2kg Tulang daging
  • 1 ketul Gula melaka
  • 1 sudu makan Kicap cair
  • 1 sudu makan Sos ikan
  • 1 sudu makan Kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil Ajinomoto
  • Gula secukup rasa
  • 1 Sup bunjut
  • Minyak untuk menumis
  • 3 liter Air

Bahan celur:

  • Kangkung celur
  • Bebola daging (belah 4)
  • Megi/bihun celur

Bahan Sambal cili yang dikisar:

  • 14 tangkai cili padi merah
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil cuka

Bahan taburan:

  • Kacang tanah (kisar kasar)
  • Serbuk cili
  • Ayam rebus dan diracik
  • Hirisan daun ketumbar

Cara penyediaan:

Jika mengguna ‘sincero pressure cooker’.

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama halia yang diketuk sehingga garing dan berbau wangi.
  3. Masukkan tulang daging dan air ke dalam periuk ‘pressure cooker’ .
  4. Kemudian masukkan bahan tumis ke dalam periuk ‘pressure cooker’.
  5. Tekan tetapan  ‘soup’ dan suhu 160 . Masa untuk rebus adalah 40 minit.
  6. Bila da masak. Pindahkan bahan yang direbus tadi ke dalam periuk biasa.
  7.  Kemudian, masukkan sup bunjut, halia ,gula putih ,gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan,

Jikalau, anda rebus tulang daging guna periuk biasa. Anda perlu tunggu  air rebusan mendidih dahulu barulah  masukkan bahan-bahan rencah dan kicap pelbagai.

  1. Seterusnya Rebus ayam ,toskan dan carik-carikkan isi ayam guna garfu.
  2. Kemudian Celur mee ,bihun, maggi dan celur juga kangkung.
  3. Akhir sekali , sediakan semua bahan-bahan di bekas berasingan, kemudian, sedia dihidang untuk keluarga tersayang.

Kesimpulannya, selamat mencuba resepi mee sedap viral. Semoga anda berjaya memasak mengikut  resepi yang diberikan.

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mi

Https://web.facebook.com/groups/masakapaharinimahn.my/posts/3651615158495107

Https://web.facebook.com/sedapnyaresepi/posts/615179112698166

error: Content is protected !!