Ada sesetengah orang yang lebih suka makan hidangan berunsurkan mi kerana kandungan kalorinya adalah kurang berbanding nasi putih. Kali ini, kami bawakan resepi mi hailam menggunakan mi konjac bagi menggantikan mi kuning biasa dan ini sangatlah sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan gaya hidup sihat.
Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya
Kurang kalori, sedap dan senang disediakan.
Jom lihat cara penyediaannya sekarang!
Bahan-bahan:
- 2 bungkus mi konjac
- 1 blok tauhu yang telah digoreng (dipotong kepada bahagian kecil)
- 100g sayur kailan (dipotong kasar)
- 50g lobak merah (dihiris halus)
- 1/2 lada merah (dihiris halus)
- 50g kubis (dihiris halus)
- 2-3 cendawan shiitake (direndam semalaman dalam ½ cawan air)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1-2 biji cili padi (pilihan)
- 1 sudu minyak zaitun
- 4 sudu puri tomato
- 2 sudu ‘blackstrap molasses’
- 2 sudu sos soya (ringan)
- 1 sudu gula perang
Cara penyediaan:
- Basuh mi konjac di bawah air mengalir menggunakan penapis. Ketepikan setelah airnya ditapis.
- Buang air daripada cendawan dan ini akan menjadi stok cendawan anda.
- Hiris cendawan dan ketepikan.
- Campurkan stok cendawan tadi bersama puri tomato, ‘blackstrap molasses’, sos soya dan gula perang. Ini akan menjadi kuah Hailam anda.
- Panaskan kuali dengan suhu sederhana seketika.
- Masukkan bawang dan bawang putih dan tumis selama 3-4 minit sehingga warna keperangan.
- Tambahkan batang daun hailam dan lobak merah kemudian tumis selama 1 minit.
- Seterusnya, tambahkan lada merah, kobis, tofu dan cendawan dan tumis juga selama 1 minit. Begitu juga dengan daun kailan, tumis selama 1 minit.
- Masukkan mi konjac dan cili padi jika anda mahu ia sedikit pedas.
- Tuangkan kuah Hailam tadi secara rata pada mi.
- Gaulkan dengan baik dan masak selama 1-2 minit.
- Hidangkan mi hailam anda dan nikmatinya panas-panas.
Tefal Cookware Natura Frypan 20cm
RM54.00
Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tidak perlu lagi menggunakan minyak apabila anda menggunakan kuali ini.
TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.
SUMBER