Kopi, teh, minuman coklat atau jus antara pilihan minuman kegemaran masyarakat dan boleh dijadikan sebagai minuman rendah kalori.
Minuman-minuman ini selalunya tinggi dalam kandungan kalori kerana kandungan gula yang tinggi. Oleh itu, kami akan gantikan gula dan susu manis pekat dengan lakanto. Lakanto ialah pengganti gula di mana rasanya manis macam gula tetapi tidak mempunyai kalori. Dalam artikel ini, kami akan ajar anda bagaimana untuk menghasilkan minuman minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti teh tarik, kopi ais dan Milo ais versi rendah kalori. Nak tak macam mana caranya?
1. Teh Tarik Rendah Kalori
Bahan-bahan:
- 1 uncang teh
- 100ml air panas
- 150ml susu rendah lemak
- Serbuk lakanto
Proses penyediaan Minuman Rendah Kalori:
- Rendam teh uncang dalam air panas selama 3 hingga 5 minit.
- Masukkan serbuk lakanto mengikut selera anda dan akhir sekali susu rendah lemak.
- Tarik sehingga berbuih dan sekiranya anda ingin menikmatinya secara sejuk, masukkan ais.
2. Kopi Ais
Bahan-bahan:
- 1 sudu teh serbuk kopi
- 150ml susu rendah lemak
- 100ml air panas
- Serbuk lakanto
Proses penyediaan
- Bancuh 1 sudu serbuk kopi dengan air panas.
- Masukkan serbuk lakanto mengikut selera anda dan akhir sekali susu rendah lemak.
- Masukkan ais.
3. Milo Ais
Bahan-bahan:
- 2 sudu kecil milo
- serbuk lakanto
- 2 sudu kecil susu sejat
Proses penyediaan Minuman Rendah Kalori:
- Bancuh serbuk Milo dengan air panas
- Masukkan serbuk lakanto mengikut tahap kemanisan yang anda inginkan
- Masukkan susu sejat dan ais
Anda boleh tontoni video dibawah ini untuk ketahui lebih tentang info-info minuman berkalori ini.
Kredit Gambar:
https://asianinspirations.com.au/recipes/pulled-milk-tea-teh-tarik/
6 pcs Stainless Steel Measuring Spoons
RM32.60
Pengukuran yang tepat memastikan rasa minuman rendah kalori anda lebih sempurna, seimbang dan profesional. Kepala dan pemegang sudu bulat berada dalam keseimbangan berat badan yang sempurna. Penamat permukaan keluli tahan karat yang disikat satin sangat bagus untuk perasa kering dan cair. Terukir elegan dengan Metrik Pengukuran Amerika, tahan lama dan tidak pernah berkarat.
Stainless Steel Handle Coffee Tea Cloth Strainer Filter Sock Bag
RM15.99
Sesuai untuk membuat kopi, teh tarik atau kacang soya. Mampu menapis serbuk kopi atau teh supaya tidak bercamour dengan air kopi atau teh. Penapis kain tidak mempunyai rasa aftertaste yang pelik seperti penapis kertas. Ia juga memberi hasil yang bersih dan bebas sedimen. Namun begitu, ianya agak sukar untuk dicuci, jika anda memilih untuk menggunakan penapis kain, pastikan anda mencucinya dengan secara menyeluruh.