Ketika cuaca sejuk mahupun ketika anda atau ahli keluarga anda demam atau tidak sihat, menghirup kuah yang panas pastinya melegakan tekak yang tidak selesa itu. Selain hidangan seperti sup ayam atau bubur yang sering menjadi pilihan, mushroom soup juga adalah antara pilihan terbaik pada waktu ini.
Sup cendawan atau mushroom soup merupakan antara juadah yang mendapat tempat di hati ramai. Mushroom soup ini juga sangat sesuai dimakan dan dihirup tidak kira masa. Tambah pula apabila negara kita sedang mengalami cuaca dan suhu yang sejuk ini, lagi bertambah sesuai jika dihidangkan sup cendawan yang pekat dan panas kepada seisi keluarga!
Dengan rasanya yang enak dan sedap dicicah bersama ‘garlic bread’, apa kata anda sediakannya di rumah jadi tidak perlulah lagi beli jenis ‘instant’ lagi. Kali ni, jom cuba sediakannya dalam versi sihat tapi masih sedap.
Jom lihat cara penyediaannya di bawah.
BAHAN-BAHANNYA :
200 gram cendawan butang segar
150 gram cendawan tiram
100 gram cendawan enoki
2 camca besar penuh mentega
1 camca besar minyak zaitun
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 kiub pati ayam Maggi
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh cincangan parsley (che mat guna parsley kering)
1 kotak kecil (200 ml) cooking cream
1 biji bawang holland, hiris kasar
2 ulas bawang putih, dihiris
Garam secukup rasa
Secubit gula
CARA MEMBUATNYA :
- UNTUK MUSHROOM SOUP : Cendawan butang, cendawan tiram dan cendawan enoki dicuci dan toskan. Asingkan 4 – 5 biji cendawan butang dan didadu kecil. Ketepikan, Selebihnya dihiris, cendawan tiram disiat dan cendawan enoki dikerat pendek, ketepikan.
- Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang holland hingga layu, masukkan bawang putih dan masak hingga layu. Tambah cendawan butang yang dihiris dan masak hingga lembut, tambah cendawan tiram dan cendawan enoki. Kacau dan masak hingga lembut. Masukkan tepung gandum, kacau rata dan masa sekejap dengan api kecil, kacau sentiasa.
- Tuang air, kacau dan masukkan kiub ayam. masak hingga mendidih dan cendawan lembut. Matikan api dan biarkan suam. Masukkan ke dalam blender dan kisar halus. Tuang kembali ke dalam periuk, tambah serbuk lada hitam, cendawan butang yang didadu kecil dan kacau rata. Biarkan mendidih perlahan.
- Tuang cooking cream, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula, kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Tambah cincangan parsley, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Siap untuk dihidangkan..
- UNTUK GARIC BREAD : Gaul bawang putih tumbuk dengan mentega hingga sebati. Sapukan atas setiap kepingan roti. Panggang dalam kuali dengan api perlahan hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Boleh hidangkan dengan mushroom soup. Selamat mencuba!
Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid Control)
RM159.00
Keluli tahan karat berkualiti premium * Kuasai seni memasak dengan tenang, berkat jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum, ketahanan dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa.
Fungsinya sendiri untuk memasak makanan berkuah karena masakan bisa direndam secara menyeluruh dalam satu wajan, sehingga menghasilkan tingkat kematangan yang sempurna. Ia juga mampu menampung banyak minyak, sehingga cocok digunakan untuk menggoreng makanan dengan teknik deep fried.
TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER
RM57.90
Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model.
Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai dengan seorang chef kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan basic ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.
SUMBER