Nasi goreng kampung ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran yang menjual secara à la carte. Nasi goreng kampung adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.
Berbeza dengan nasi goreng jenis yang lain, nasi goreng ini dikenalpasti melalui cara masakan nasi goreng itu sendiri. Nasi goreng ini, selain menggunakan bahan tumis biasa iaitu bawang, lazimnya sayur dan ikan bilis turut digunakan. Sayur yang biasa digunakan pula ialah sayur kangkung. Nasi goreng kampung juga turut terkenal dengan kepedasannya akibat penggunaan cili api atau cili padi dalam masakan. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh meminta untuk tidak meletakkan cili agar kepedasan tidak terasa.
Bahan-Bahan:
- 8 sudu besar minyak bran beras
- 1kg dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis.
- 200g ikan bilis kering
- 1 biji kubis, dihiris nipis
- 6 helai daun bawang dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- 1 biji bawang merah dicincang
- 4 cawan beras basmati
- 4 sudu besar kicap pekat (kicap manis)
- 3 sudu sos cili manis
Bahan Perapan:
- 1 sudu kecil kicap cair bebas gluen
- 2 sudu teh tepung jagung bebas gluten
- 1 sudu teh lada putih
Bahan Telur Dadar:
- Minyak bran beras
- 6 biji telur
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh lada putih
Bahan Ikan Bilis:
- Minyak bran beras
Cara penyediaan:
Cara Menyediakan Nasi:
- Basuh beras basmati dan tanak dalam periuk nasi elektrik. Nasi haruslah bertekstur ringan dan gebu. Biarkannya kekal panas dalam periuk nasi
- Perapkan ayam dengan bahan perapan dan ketepikan.
Cara Menyediakan Telur Dadar:
- Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
- Tambahkan garam dan lada putih. Pukul telur dengan menggunakan garfu.
- Panaskan minyak bran beras dalam kuali pada api sederhana ke tinggi.
- Tuangkan campuran telur ke dalam kuali dan kurangkan suhu api.
- Gerakkan sudip untuk meratakan telur dan masak selama kira-kira 2-3 minit atau sehingga bahagian bawah telur menjadi sedikit coklat.
- Setelah masak, angkat telur dadar yang telah siap dan letakkan di atas pinggan.
Cara Menyediakan Nasi Goreng Kampung Sihat:
- Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana hingga tinggi.
- Goreng ikan bilis kering selama 10 minit atau sehingga berwarna coklat keemasan dan garing.
- Keluarkan ikan bilis dan buang lebihan minyak dalam kuali
- Tuang dan panaskan minyak kembali dan goreng ayam dalam kuali selama dua minit dalam suhu sederhana atau sehingga kepingan ayam masak sepenuhnya.
- Angkat ayam dan letakkan dalam mangkuk.
- Lap kuali menggunakan tuala kertas.
- Panaskan 5 sudu minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih dalam suhu rendah sehingga bawang putih bertukar warna keemasan dan bawang merah garing. Kemudian, tambahkan kubis dan tumis selama 1 minit.
- Kurangkan suhu api dan masukkan beras basmati yang ditanak, telur dadar dan kicap pekat (manis) bebas gluten serta sos cili manis ke dalam kuali.
- Kacau sehingga telur terbahagi dalam bentuk-bentuk kecil dan bahan-bahan lain telah sebati dengan sempurna.
- Hidangkan Nasi Goreng Kampung Sihat anda.
Selamat mencuba!
Panasonic Rice Cooker
RM165.00
Mempunyai satu butang untuk mengawal memasak atau menghangatkan makanan, mudah digunakan dan selamat untuk semua peringkat umur. Rice cooker ini boleh dibawa bersama ketika melancong kerana saiz nya yang compact dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. Periuk dalamannya yang mudah dipisahkan dan permukaan periuknya yang anti-lekat menjadikan tugas mencuci lebih mudah dan lebih cepat. Pengguna juga boleh menetapkan suhu untuk memasak nasi.
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna untuk makanan berperisa penuh yang lazat.Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak menjadi hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.