Resepi nasi goreng tomyam pedas viral pasti menjadi jika anda menggunakan 100% bahan-bahan yang sama seperti yang di ajar oleh tukang masak daripada Thailand.
Jika anda ke restoran makanan Thai, pasti nasi goreng tomyam yang anda akan pilih. Rasa nasi goreng mereka agak berbeza sedikit dengan rasa nasi goreng yang kita masak sendiri .
Umumnya, tomyam adalah sejenis makanan popular negara Thailand. Ia mempunyai rasa pedas dan masam disertai bau serai dan daun limau purut. Sangat lazat .
Terutama bila tomyam digabung bersama nasi maka ia dipanggil nasi goreng tomyam dan kelazatannya bertambah-tambah.
Ada dua pilihan, anda boleh mengikut cara penyediaan masakan mengikut tradisi masyarakat Thailand atau guna bahan segera yang sedia ada di kedai.
Jadi, jom kita mula masak.
Cara penyediaan resepi nasi goreng tomyam pedas viral mengikut tradisi masyarakat Thailand .
Perkara pertama yang perlu kita buat adalah pes tomyam dahulu. Pes ini kita akan gunakan sebagai perencah atau sos untuk nasi goreng nanti. Sila ikut cara-cara masak di bawah:
Resepi oleh: Pailin “Pai” Chongchitnant (Hot Thai Kitchen)
Untuk pes cili Thai:
bahan-bahannya:
- 8-10 cili kering yang dibuang biji dan sangan
- 2 sudu makan udang kering kasar
- 10 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 2-3 sudu makan air asam jawa pekat
- 1/4 sos ikan
- 3 sudu makan
- 3 sudu makan gula perang
- 1/4 sudu kecil pes udang (pilihan untuk letak atau tidak)
- 1 cawan minyak masak
Cara penyediaan:
- Mula-mula cili kering perlu di buang biji untuk mengurangkan rasa pedas. Kemudian sangan atau masak kering tanpa minyak dalam kuali dengan api sederhana. Kacau terus sehingga kelihatan hangus sedikit .ketepikan.
- Kemudian sangan bawang putih dan bawang merah dalam kuali yang sama .kacau selalu sehingga bertukar warna kehitaman sedikit. Siap dan ketepikan.
- Seterusnya, kisar kering cili dan udang kering sehingga menjadi serbuk.
- Kemudian masukkan dan campurkan bawang putih ,merah ,serbuk cili ,udang kering, garam , air asam jawa, sos ikan, gula perang ,pes udang dan ¼ cawan minyak masak ke dalam pengisar basah. Kisar bahan tersebut sehingga menjadi pes.
- Kemudian, tumis bahan yang dikisar tadi dengan baki minyak yang masih belum digunakan dengan api kecil. Kacau dan kemudian masukkan gula perang sedikit untuk perasa. Tumis dan kacau sentiasa sehingga pecah minyak dan likat. Masa diambil lebih kurang 10 minit untuk masak.
- Tutup api dan simpan di dalam balang kaca
- Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa bulan atau di dalam peti sejuk beku selama-lamanya.
Untuk pes tomyam:
Bahan-bahannya:
- 3 inci serai (hiris nipis- nipis)*
- 1 inci lengkuas (hiris nipis-nipis)*
- 3 helai daun limau purut* (buang urat daun tengah)
- 2 tangkai cili merah*
- 1 sudu kecil gula
- 2 sudu makan pes cili thai (boleh buat sendiri atau beli di kedai)
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos soya
- 2 sudu makan jus limau
cara penyediaan:
Semua bahan untuk buat pes tomyam perlu dihiris nipis-nipis. Ini adalah proses untuk memastikan bahan bertanda * mudah untuk ditumbuk sehingga lumut. Cili merah adalah pilihan anda jika anda suka rasa pedas anda boleh bubuh lebih cili merah mengikut tahap toleransi lidah anda.
Selesai lumat, anda boleh masukkan gula, pes cili Thai, sos ikan, sos soya dan jus limau. Kacau bagi sebati.
Resepi nasi goreng tomyam pedas viral
Bahan untuk nasi goreng:
- 10 ekor udang sederhana besar/ayam/sotong/daging (buang kulit ,kepala dan ekor)
- 1 biji tomato (buang biji)
- 2 batang daun kailan (kerat pendek-pendek)
- 1 3/4 cawan nasi sejuk
- 1/4 bawang holland / merah besar
- Daun bawang
Bahan hiasan:
- Daun ketumbar
- 2 butir telur goreng mata kerbau
Cara penyediaan:
- Sediakan minyak untuk menggoreng udang sehingga bertukar warna keemasan. Guna api sederhana besar untuk menggoreng. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian, tumis bawang putih dan daun kailan. Bila daun kailan bertukar warna hijau , masukkan nasi. Kacau-kacau bagi sebati.
- Kemudian baru masuk pes tomyam dan letak atas nasi tadi. Kacau bagi rata guna api kecil untuk elakkan nasi berkerak dan kering.
- Kemudian masukkan tomato dan udang. Kacau-kacau bagi rata dan sebati rasa.
- Akhir sekali, baru masukkan daun bawang.
- Siap dan boleh letak daun ketumbar dan telur sebagai hiasan.
Cara penyediaan resepi nasi goreng tomyam pedas Viral menggunakan bahan sedia ada.
Bahan utama:
- 3 cawan nasi sejuk
- 1 ketul kiub tomyam
Bahan tumis:
- 2 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4 tangkai cili kering
Bahan rencah:
- 5 ekor udang (buang kepala dan ekor)
- 4 ekor sotong ( potong agak-agak saiz cincin)
Bahan hiris:
- 1 helai daun limau purut
- 1 batang serai
- 2 tangkai cili merah
- 1/2 lobak merah (hiris nipis-nipis)
Cara penyediaan:
- Sediakan minyak untuk menggoreng.
- Goreng bahan rencah iaitu udang dahulu sehingga bertukar warna keemasan dan kemudian baru goreng sotong.
- Goreng sotong sekali lalu sahaja, jangan terlalu lama nanti sotong mengecut. Selepas itu ketepikan.
- Kemudian, tumis bahan tumisan. Apabila bau sudah wangi, masukkan kiub tomyam, daun limau purut dan serai. Kacau sehingga sebati.
- Jika terlalu likat masukkan air sedikit sahaja .masukkan nasi kemudian barulah letak udang dan sotong tadi.
- Jangan lupa masukkan lobak tadi . Gaul dan kacau bagi sebati.
- Akhir sekali, masukkan perasa ajinomoto
- Siap dihidang bersama timun dan sambal pencicah.
Tip memasak : gaul sotong dengan garam untuk elakkan sotong mengecut ketika di masak. Basuh sotong sehingga buih-buih air sotong hilang. Bilas tiga kali ya. Kemudian toskan.
Kesimpulan, selamat mencuba resepi nasi goreng tomyam pedas viral. Jangan risau, masakan anda pasti menjadi dengan bantuan tukang masak dari negara Thailand.
Sumber: