Now Reading
Resepi Nasi Hujan Panas Yang Hot Sekarang

Resepi Nasi Hujan Panas Yang Hot Sekarang

nasi hujan panas

Nasi Hujan Panas sememangnya digemari rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja sangat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, malah ia juga sangat enak dimakan dengan apa jua lauk pauk.

Nak cuba masak menu ini bolehlah lihat bahan-bahan yang anda perlukan. Jom kita cuba resepi ini.

Bahan – bahan nasi hujan panas:  

  • 1kg beras – dibasuh dan ditoskan
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 20gm buah gajus
  • 20gm kismis
  • 2 biji limau nipis
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning
  • Garam dan gula secukupnya
  • 20ml minyak sapi

Bahan-bahan A:

  • 10gm bawang merah yang dimayang
  • 5gm bawang putih yang dimayang
  • 5gm halia yang dimayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang

Cara-cara penyediaan :

  1. Mula-mula, panaskan minyak sapi di dalam periul. Kemudian, tumiskan bahan A sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan air, susu cair dan air perahan limau nipis. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  3. Apabila air telah mendidih, masukkan beras, buah gajus dan juga kismis.
  4. Tanak nasi sehingga nasi menjadi kering.
  5. Setelah itu, masukkan pewarna ke dalam nasi yang telah kering secukupnya.
  6. Kaup balikkan nasi hujan panas anda dan ia sedia untuk dimakan.

Siap! Senang sangat resepi nasi hujan panas ini. Bau nasi ini memang enak, memang jiran sebelah rumah pun menjenguk nak tengok apa yang anda masak.

TIPS:

  1. Gunakan beras jenis basmati untuk mendapatkan nasi yang cantik.
  2. Anda boleh juga gantikan garam dengan kiub ayam.
  3. Pastikan nasi yang ditanak sudah betul-betul kering sebelum digaulkan dengan pewarna untuk mengelakkan terlebih pewarna dan pewarna merebak dengan terlalu banyak.

Source:

https://www.rasa.my/nasi-hujan-panas-terlajak-gebu-memang-puas-hati-2/

https://www.ayueidris.com/2017/06/resepi-nasi-hujan-panas-shila-rusli.html

error: Content is protected !!