Nasi lemak merupakan makanan tradisi MelayuMalaysia.Ianya juga boleh ditemui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik. Nasi lemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi serta menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan beras (Kami menggunakan beras basmati, namun anda boleh memilih menggunakan beras perang juga)
- 1/4 cawan susu
- 3 1/2 cawan air
- 1 1/2 inci halia, dihiris
- Secubit garam
- 2-3 sudu besar minyak kelapa dara (cold pressed)
Cara penyediaan:
Sebagai permulaan, kami menggunakan beras basmati sebagai nasi kerana ia memiliki tahap indeks glikemik yang rendah dan teksturnya yang kurang berkanji daripada beras putih biasa, justeru adalah lebih sihat berbanding beras putih. Kami menanak nasi di dalam ketuhar gelombang mikro kerana kami dapati nasi keluar dalam bentuk yang sempurna. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menanaknya dalam periuk nasi atau di atas dapur.
Nasinya pula dimasak bersama susu untuk menggantikan santan, bagi menambah rasa lemak berkrim berserta air dan halia bagi mencipta aroma yang memikat selera. Seterusnya, bagi mendapatkan aroma kelapa yang wangi seakan santan, kami memasukkan sedikit minyak kelapa dara ke dalam nasi.
Minyak kelapa dara mempunyai pelbagai kelebihan kepada kesihatan seseorang seperti melegakan tekanan, menstabilkan paras kolesterol, menurunkan berat badan dan meningkatkan tahap imun. Ini kerana kandungannya yang baik sebagai ejen disinfektan, antioksidan, anti-kulat, anti-bakteria dan penenang. Ia juga adalah sejenis lemak yang sihat yang menyumbang kepada rutin diet yang sempurna. Tambahkannya ke dalam nasi dan percayalah, ia boleh mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan anda.
Nota:
- Basuh beras dan tambah bahan-bahan lain ke dalam bekas berpenutup (microwaveable).
- Tanak nasi dalam ketuhar gelombang mikro selama 15-20 minit, sambil menghentikannya seketika untuk mengacau nasi. Setelah masak, kacau minyak kelapa mengikut citarasa anda.
Bahan-Bahan Sambal Ikan Bilis:
- 10 biji bawang merah
- 15 cili kering (gunakan lebih jika anda suka pedas)
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci asam jawa dengan 1 cawan air panas
- 4-5 sudu teh gula perang organik
- 2 sudu besar minyak kelapa dara
- Air
Ikan bilis yang digoreng bersama minyak masak sudah tentunya TIDAK SIHAT. Jadi, daripada menggorengnya apa kata anda membakarnya di dalam ketuhar gelombang mikro. Hasilnya adalah ikan bilis yang rangup, sama seperti yang digoreng, tetapi sangat sihat dan mudah kerana tidak menggunakan minyak langsung.
Bagi membuat sambal Nasi Lemak pula, kami memilih untuk menggunakan ikan bilis yang sedikit besar. Setelah masak, ikan bilis diletakkan di atas tuala kertas pada pinggan selama 4 minit dan anda akan mendapatkan ikan bilis rangup tanpa minyak yang sihat dan padu! Selain itu, anda juga boleh membakar ikan bilis di dalam ketuhar dengan mengalasnya dengan aluminum foil terlebih dahulu. Kami menggunakan cara membakar dalam ketuhar bagi ikan bilis yang digunakan dalam sambal, tetapi kedua-dua cara adalah bagus.
Cara Menyediakan Sambal Ikan Bilis:
- Bakar cili dalam oven sehingga harum selama 5 minit pada suhu 180°C.
- Campurkan cili dengan bawang merah dan bawang putih dan kisar bahan-bahan ini.
- Tumiskan bahan kisar dalam kuali dengan minyak sehingga pecah atau kelihatan garing. Tambah lakanto (gula) sebagai perasa.
- Seterusnya, masukkan kira-kira 1 cawan air dan biarkan sambal masak. Teruskan menambah air sesuai dengan citarasa anda.
- Selepas 30-45 minit, tambah air asam jawa.
- Masak sehingga sambal menjadi merah gelap.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah dibakar.
Cubalah alternatif ini:
Daripada memasak sambal ikan bilis, anda juga boleh memasak sambal udang atau sotong dengan menggunakan resipi yang sama. Tambahlah makanan laut dalam 10 minit terakhir masakan.
Pilihan vegetarian pula: Hiris kentang dan bakar di dalam ketuhar. Tambahkannya ke dalam sambal pada minit terakhir, menggantikan ikan bilis. Untuk rasa masin-masin ikan yang sedap, anda juga boleh menambah rumpai laut ke dalam sambal.
Bahan-Bahan Ayam:
- 1kg ayam, buang lebihan lemak
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh kunyit
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu serbuk cili
- 2 sudu yogurt
- Garam dan cili
Cara penyediaan:
Bagi ayam pula, kami telah mengolah resepi ayam panggang yang sihat untuk melengkapi Nasi Lemak sihat ini. Bahan perapan yang digunakan, kami memilih untuk memerap ayam dengan yogurt serta beberapa rempah seperti, jintan putih, ketumbar, kunyit, serbuk cili dan juga garam masala selama 2-3 jam. Untuk hasil yang lebih baik, biarkan semalaman dalam peti sejuk. Apabila ayam sudah sedia untuk dimasak, masukkan ke dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 180°C selama 40 minit. Rasa ayam yang kaya dengan rempah ratus memberi kepuasan kepada anda tanpa anda perlu bimbang mengenai pengambilan kalori.
Semua langkah-langkah bagi memasak Nasi Lemak yang sihat ini telah berjaya dan kami mengesyorkan anda untuk mencubanya di rumah! Selamat mencuba.
Toshiba Blender
RM135.00
Bagi sesiapa yang gemar menjus buah-buahan dan sayur-sayuran segar, menggabungkan minuman yoghurt mereka sendiri, atau membuat koktel buah segar, pembuat smoothie dianggap sebagai bahagian penting dalam rutin ini . Dengan pembuat smoothie yang direka khas, anda dapat dengan cepat menyediakan buah-buahan, yogurt dan bahan-bahan campuran yang lazat untuk makanan keluarga, pada bila-bila masa sepanjang hari.
Panasonic Electric Oven
RM689.00
Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.
Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.