Nasi Mandy merupakan sejenis hidangan tradisional negara Yaman yang disajikan bersama ayam atau kambing.
Kini, Nasi Mandy telah menjadi terkenal di negara-negara lain, termasuklah Malaysia. Secara tradisi, daging dimasak secara perlahan dalam ‘tandoor’ sehingga daging menjadi lembut dan lazat dan dihidangkan bersama beras beraroma.
Rempah yang digunakan untuk perapan ayam dipanggil sebagai Hawaij, iaitu gabungan ketumbar, jintan putih, buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan lada hitam yang dipanggang sehingga mengeluarkan aroma dan dijadikan serbuk. Ayam diperap selama 3 hingga 4 jam dan kemudiannya dimasak secara perlahan di atas rak dawai yang diletakkan di atas periuk nasi dalam ketuhar selama 1 jam 45 minit. Dengan cara ini, lelehan daripada ayam akan jatuh ke dalam nasi dan kedua-duanya, nasi dan ayam dimasak pada masa yang sama.
Hidangan ini sama sekali tidak pedas. Nasi beraroma dan mempunyai rasa yang kuat. Cubalah resepi yang kami sediakan ini untuk menikmati hidangan Nasi Mandy yang tulen dan sihat!
Bahan-bahan
– Untuk Menyediakan Rempah Hawaij:
- 1/6 cawan ketumbar
- 1/6 cawan jintan putih
- 1/8 cawan lada hitam
- 1 sudu besar buah pelaga
- 1 sudu teh cengkih
- 2 inci kulit kayu manis
– Untuk Menyediakan Perapan Ayam:
- 1 1/2 kg ayam yang dibuang lemak atau kulit
- 2 sudu besar rempah Hawaij
- 3 sudu besar mentega cair
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2-1 sudu teh serbuk lada
- 2-3 sudu teh garam
– Untuk Menyediakan Nasi
- 2 1/2 cawan beras basmathi
- 1 1/2 sudu besar minyak sayuran/zaitun
- 1 biji bawang merah, dicincang
- 3 biji buah pelaga
- 2 biji cengkih
- 2 inci kulit kayu manis
- 3 helai daun salam
- 4 atau 5 biji cili hijau
- 1 sudu teh lada hitam
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1 suduh teh saffron yang direndam dalam 1 1/2 sudu besar air dalam 1½ sudu besar air
- 4 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Panggang semua bahan Hawaij dalam periuk dengan api sederhana selama 3 hingga 4 minit atau sehingga menghasilkan aroma. Jangan terlebih panggang sehingga rempah hangit.
- Biarkan rempah tersebut sejuk dan kisar sehingga menjadi serbuk halus. Ketepikan dahulu.
- Campurkan 2 sudu besar rempah Hawaij dengan 1/2 sudu teh serbuk kunyit, serbuk lada, garam dan mentega cair dalam mangkuk.
- Dengan menggunakan berus, sapukan rempah perapan pada ayam dan dalam setiap rongganya.
- Letakkan ayam di dalam kuali, tutup dengan pembalut plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau perap semalaman.
– Bagi Menyediakan Nasi:
- Rendam saffron dengan air dalam mangkuk yang kecil selama satu jam. Ketepikan dahulu.
- Panaskan periuk besar dengan api sederhana dan tambah minyak.
- Tambah bawang, perasakan dengan garam dan masak sehingga nasi kekuningan.
- Angkat periuk dan tambahkan buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis, daun salam, lada hitam, cili hijau, serbuk kunyit, beras, air dan garam secukup rasa. Campurkan sebati.
– Bagi Membakar Ayam Bersama Nasi:
- Panaskan ketuhar pada suhu 210°C.
- Letakkan rak dawai di atas periuk nasi, dan letakkan bahgian ayam yang diperap atas rak dawai. Dengan cara ini, lelehan dari ayam akan jatuh ke atas beras. Pastikan periuk yang anda gunakan adalah lebih besar daripada ayam.
- Bakar selama 15 minit dalam ketuhar pada suhu 210°C.
- Selepas 15 minit, turunkan suhu ke 160°C dan biarkan selama 1 jam.
- Selepas 1 jam, balikkan ayam dan masak selama 45 minit atau sehingga ayam telah masak dengan sempurna. Masa memasak mungkin berbeza-beza mengikut saiz ayam.
- Keluarkan nasi dan ayam dari ketuhar. Keluarkan rak dawai dari periuk, biarkan ayam sejuk sedikit.
- Masukkan saffron yang direndam ke dalam nasi dan campurkan dengan sebati. Safron adalah bahan yang wajib kerana ia merupakan bahan utama yang membuatkan beras menjadi aromatik dan berperisa.
- Sekiranya air di dalam nasi tidak kering atau jika anda rasa nasi terlalu keras, anda boleh memasak nasi di atas dapur pada api sederhana selama beberapa minit sehingga air kering dan nasi menjadi lembut.
- Hidangkan nasi di atas pinggan dan letakkan ayam di atas nasi.
- Anda juga boleh menghias hidangan anda dengan badam panggang.
Nikmati Resepi Nasi Mandy Sihat yang tulen ini bersama keluarga anda. Selamat Mencuba!
Toshiba Blender
RM135.00
Bagi sesiapa yang gemar menjus buah-buahan dan sayur-sayuran segar, menggabungkan minuman yoghurt mereka sendiri, atau membuat koktel buah segar, pembuat smoothie dianggap sebagai bahagian penting dalam rutin ini . Dengan pembuat smoothie yang direka khas, anda dapat dengan cepat menyediakan buah-buahan, yogurt dan bahan-bahan campuran yang lazat untuk makanan keluarga, pada bila-bila masa sepanjang hari.
Panasonic Electric Oven
RM689.00
Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.
Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.