Now Reading
Resepi Nasi Ulam Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba!

Resepi Nasi Ulam Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba!

Resepi Nasi Ulam Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba!

Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan.

Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam MalaysiaIndonesia dan Thailand selatan. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.

BAHAN-BAHANNYA :
1 1/2 cawan beras pre-boiled (beras rebus) atau boleh guna beras basmathi dan sukatan airnya sama.
2 cawan air
1 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN ULAM :
2 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
4 helai daun cekur
2 batang serai, ambik bahagian putih sahaja
4 helai daun limau purut
1 genggam daun kesom
1 genggam daun pudina
1 genggam daun selasih
1 kuntum bunga kantan
5 biji bawang merah kecil
1 inci kunyit hidup muda
2 inci halia muda

BAHAN-BAHAN LAIN :
2 camca besar kerisik
1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1 genggam udang kering cuci, toskan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kisar halus
2 ekor ikan kembong, disiang, cuci bersih dan panggang hingga masak, ambik isinya dan tumbuk halus (kalau darurat, boleh guna ikan tuna dalam tin, tapi toskan dulu air atau minyaknya hingga betul2 kering)
Sedikit garam, jika perlu

CARA MEMUATNYA

  1. UNTUK NASI :- Cuci beras (macam masak nasi biasa, cuci 3 kali dan toskan airnya), masukkan dalam rice cooker, tuang air 2 cawan, masukkan daun pandan dan 1 camca teh garam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, biarkan 5-6 minit, kemudian gemburkan. Alihkan nasi ke dalam mangkuk besar dan biarkan nasi sejuk. 
  2. UNTUK ULAM-ULAMAN :- Kunyit hidup muda, halia muda dan bawang merah dimayang halus dan ketepikan. Semua jenis ulam dicuci terlebih dahulu dan toskan sampai betul2 kering (daun kunyit, daun kaduk, daun limau purut dan daun cekur, che mat lap dengan tissue dapur sampai kering, yang lain2 tu biarkan kena angin sampai kering sendiri). Kesemua ulam2man tadi termasuk serai dan bunga kantan dimayang halus. Ketepikan.
  3. UNTUK NASI ULAM :- Masukkan udang kering kisar, isi ikan kembong yang telah ditumbuk, lada hitam. kunyit hidup, halia dan bawang ke dalam mangkuk berisi nasi. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan semua bahan2 ulam yang telah dimayang halus. Gaul lagi hingga semua rata. Rasa dan jika perlu baru dimasukkan sedikit garam. Boleh hidangkan…Selamat mencuba!

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM57.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2019/01/nasi-ulam-nyonya-aka-nyonya-herbs-rice.html

error: Content is protected !!