Now Reading
Resepi Nona Manis yang Sihat ? sesuai untuk pesakit kencing manis

Resepi Nona Manis yang Sihat ? sesuai untuk pesakit kencing manis

nona manis

Nona manis adalah kuih berbentuk bulat yang biasanya mempunyai dua gabungan warna terang seperti hijau dan kuning. Ia biasanya terdapat di gerai-gerai yang menjual kuih mahupun di bazaar Ramadhan.

Kuih tradisional ini merupakan antara kegemaran masyarakat Malaysia, terutamanya di majlis-masjlis yang keraian dan juga di bulan puasa.

Untuk membuat kuih nona manis ini, anda memerlukan acuan seperti kuih lompang. Acuan ini mudah didapati di kedai-kedai yang menyediakan peralatan baking. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang menyelerakan akan membuatkan tetamu memuji kebolehan anda.

Ini adalah resepi daripada pakar pembuat kuih jadi rasanya pasti enak dan lemak berkrim!

Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah agar lepas ni anda sudah boleh buat versi anda sendiri!

Bahan A (inti santan):

  • 350ml santan
  • 80g tepung gandum
  • 1 sudu teh garam (garam bukit yang dikisar)
  • 500 ml air

Bahan B:

  • 200g lakanto (pengganti gula)
  • 200g tepung gandum
  • 175ml santan
  • 500ml air
  • 3 biji telur

Bahan C:

  • 100g lakanto (pengganti gula)
  • 60g tepung jagung
  • 175ml santan
  • 300ml air pandan (daun pandan dikisar dan ditapiskan)
  • 1 sudu teh garam (garam bukit yang dikisar)
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 3-4 titik pewarna (ikut warna yang anda mahukan)

Cara penyediaan:

Bahan A:

  • Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau seketika sebelum anda buka api dalam kadar sederhana.
  • Masak sehingga ia mula menjadi sedikit pekat.
  • Pastikan ia sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul.
  • Biasanya, bahan A hanya disiapkan selepas bahan B dan C sudah siap.

Bahan B:

  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  • Pastikan anda menggunakan pemukul atau ‘whisk’

Bahan C:

  • Masukkan semua bahan, kacau sebati di atas api sederhana.
  • Kacau dengan rapi sehingga semua buih hilang.
  • Apabila sudah likat, kecilkan api dan masukkan adunan bahan B kemudian kacau sebati.
  • Pastikan ia sentiasa dikacau agar adunan tidak berketul.

Cara mencampurkan semua bahan:

  1. Bahan A iaitu santan boleh dimasukkan ke dalam botol seperti botol sos yang mudah untuk dipicit.
  2. Bahan B + C boleh diletakkan dalam bekas kecil agar lebih senang untuk ditunang dalam bekas kuih nanti.
  3. Sapukan acuan kuih dengan sedikit minyak agar kuih tidak melekat.
  4. Tuangkan sekitar ¾ adunan berwarna ke dalam acuan.
  5. Halakan muncung bagi adunan santan di tengah-tengah acuan. Pastikan ia tidak terlalu banyak agar tidak bercampur dengan adunan berwarna tadi.
  6. Susun bekas acuan kuih tersebut di atas loyang dan kukuh selama lebih kurang 10 minit.
  7. Angkat bekas acuan kuih anda satu-satu dan sejukkan ia dahulu.
  8. Apabila sudah sejuk, barulah keluarkan kuih anda daripada acuan dan ia siap dimakan!

Selamat mencuba!

Stainless Steel Hand Whisk Mixer

RM33.00

Reka bentuk bulat dan keluli tahan karat sangat sesuai untuk mencampurkan telur atau sos. Kebanyakan whisks terdiri daripada pemegang panjang dan sempit dengan mempunyai gelung dawai yang disambungkan pada hujungnya. Whisks biasanya digunakan untuk mencampur putih telur sehingga menjadi buih untuk membuat meringue. Ia sangat mudah digunakan dan ianya wajib ada bagi yang sukakan memasak.

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM159.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.dahtauker.com/2019/04/09/resepi-kuih-nona-manis/

SUMBER

https://daridapur.com/resepi-nona-manis/

error: Content is protected !!