Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Karashi (Mustard Jeoun) seringkali digunakan sebagai bahan perasa.
Oden sebenarnya berasal daripada misodengaku atau hanya digelar dengaku; konnyaku atau tauhu direbus dan dimakan bersama miso. Kemudiannya, dengan menggantikan miso, bahan-bahan tersebut dimasak di dalam dashi dan oden menjadi terkenal.
Namun jika anda inginkan resepi Oden dengan rasa Malaysia, mudah dan murah resepi ini sesuai untuk anda. Ia sangat sesuai untuk dimakan seisi keluarga dan bersama sahabat handai.
Bahan-bahan:
- 2 pek pes asam pedas
- 3 pek pes tom yam
- Bahan oden (tauhu goreng, tauhu sayur, gegelung ikan panggang, seafood tofu, tauhu ikan, bebola ikan, kek ikan, jejari ketam) kuatiti mengikut citarasa
- Udon
- Telur rebus yang telah dikupas (kuantiti mengikut citarasa)
Cara penyediaan:
- Masukkan air separuh penuh ke dalam periuk. Kemudian, masukkan 2 pek pes asam pedas dan 3 pek pes asam pedas. Renehkan bersama bahan oden.
- Sebaik sahaja kuah oden siap mendidih dan bahan oden siap dimasak anda boleh nikmati bersama udon dan telur rebus.
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.
EAGLE Stainless Steel 20cm Double Handle Pot Diamond Series
RM99.00
Diamond Series Double Handle Pot by Eagle akan terbukti dapat tahan dalam jangka masa yang lama. Eagle Diamond Series Double Handle Pot. Masak makanan dan masakan sihat anda untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan. Mempunyai pelbagai saiz yang dapat mengikut kesesuaian masakan anda. Senang digunakan dan juga mempunyai pemegang plastik ditepi bagi memudahkan anda mengangkatnya.
SUMBER
SAYS