Bagi sesiapa yang menggemari hidangan pajeri nenas ini, mereka pasti telah mencuba pelbagai jenis dan cara masakannya. Cara memasak pajeri ini bergantung kepada selera masing-masing, ada yang gemarkan kuah yang sedikit cair dan ada juga yang sukakan jenis kuah yang pekat.
Ada juga yang menggunakan santan dan tidak. Cara untuk memasak nenas nya juga berbeza, ada yang suka mencelur nenas terlebih dahulu supaya rasa masam itu akan hilang.
Resepi Pajeri Nenas
- Bahan-bahan
- 1 biji nanas sederhana, dikupas dan dihiris
- 3 cawan santan cair
- 3-4 sudu serbuk kari pilihan anda (campurkan dengan sedikit air untuk membuat pes)
- 1 sudu besar kerisik
- Daun kari 2 helai
- Halia 2 inci, dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih, dihiris nipis
- 3 biji bawang merah, dihiris nipis
- 4-5 ulas
- 3-4 buah pelaga
- 1 batang kayu manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 3-4 sudu minyak sayuran
Cara Penyediaan
- Buat kerisik: Bakar isi kelapa yang telah dikisar di atas kuali tanpa minyak (sangai) dengan api sederhana. Gaulkan kelapa hingga bertukar warna keemasan. Tumbuk kelapa panggang tadi menggunakan lesung batu untuk membuat pes yang pekat dan berminyak. Anda boleh menyimpan lebihan kerisik di dalam peti sejuk.
2. Panaskan minyak sayuran dalam kuali dengan api sederhana.
3. Tumiskan daun kari dengan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, buah pelaga dan cengkih. Gaul sebati.
4. Masukkan pes kari dan 1 sudu besar kerisik ke dalam kuali. Terus kacau selama 3 minit. Masukkan nanas ke dalam kuali dan kacau.
5. Setelah beberapa minit, masukkan santan, kacau, dan biarkan mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Biarkan kuah terus mendidih selama 10-15 minit lagi atau sehingga nanas menjadi lembut. Masukkan pajeri nenas ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.
7. Nikmati dengan nasi kukus putih dan lauk kegemaran anda
Pajeri ini selalunya dimasak menggunakan nanas, mangga hijau dan terung. Walaupun tidak sukar untuk dibuat, pajeri ini tidak seperti apa yang anda bayangkan. Gabungan rempah, santan berkrim, rasa nanas masam manis dan kerisik inilah yang menjadikan pajeri nenas ini begitu istimewa. Sayang sekali pajeri nenas ini telah hilang populariti.
Selamat mencuba!
SUMBER
https://delishably.com/world-cuisine/Malay-Style-Pineapple-Curry-Pajeri-Nenas