Now Reading
Resepi Pavlova Yang Sedap dan Ringkas

Resepi Pavlova Yang Sedap dan Ringkas

Pavlova adalah makanan pencuci mulut yang berasaskan meringue berkerak rangup, isi yang lembut, dan dihiasi dengan buah-buahan dan krim putar. Resepi Pavlova ini sering disajikan oleh penduduk Australia dan New Zealand semasa musim perayaan dan percutian musim panas termasuk pada hari Krismas.

Kini dengan pelbagai resepi yang ada, semua orang dapat membuat pavlova sendiri.

Bahan untuk pavlova:

  • 4 biji putih telur / 167-170g
  • 1 cawan gula kastor / 194 g
  • 2 sudu besar tepung jagung / 13g
  • 2 sudu kecil cuka / 8ml

Bahan untuk krim:

  • 1 cawan dairy whipping cream (suka jenama Shani lebih berkrim)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil gula aising

Bahan untuk hiasan (boleh ditukar mengikut selera masing-masing):

  • Buah strawberry
  • Buah kiwi
  • Coklat ganache

Langkah-langkah penyediaan pavlova:

  1. Panaskan ketuhar hingga 150°C sekiranya anda ingin menggunakan ketuhar konveksi.
  2. Pastikan semua alat bersih, tidak lembap dan tidak berminyak. Tangan dan telur juga perlu kering ketika ingin mengasingkan putih telur.
  3. Mula-mula gunakan pengadun dalam mangkuk pengadun untuk memukul putih telur. Gunakan kelajuan sederhana terlebih dahulu (untuk mengelakkan percikan putih telur).
  4. Apabila ia mula berbuih, anda boleh meningkatkan kelajuan pengadun. Semasa mengadun, tambahkan gula sedikit demi sedikit sehingga stiff peak terbentuk, iaitu ketika mangkuk diterbalikkan, putih telur tidak akan jatuh.
  5. Gunakan spatula untuk menambah tepung jagung disusuli dengan cuka. Pastikan semua bahan dicampurkan dengan sebati.
  6. Sediakan kertas parchment di atas loyang. Dengan menggunakan teknik capan, tekap hujung cutter pada putih telur dengan pisau dan capkan cutter di atas kertas parchment. Dengan teknik ini, anda tidak perlu bersusah payah melukis bulatan dengan pensil.
  7. Setelah menyelesaikan teknik capan, masukkan sisa adunan ke dalam piping bag, dan kemudian pindahkan adunan ke bentuk bulat melalui piping.
  8. Masukkan adunan pavlova ke dalam ketuhar dan turunkan suhu kepada 110°C selepas 10 minit.
  9. Bakar selama 20 minit lagi sehingga pavlova kelihatan kering, kembang, dan rangup. Tutupkan suhu ketuhar dan rehatkan pavlova di dalam ketuhar.
  10. Bagi langkah yang diatas, tidak semua ketuhar mempunyai tetapan yang sama, jadi anda disarankan untuk cuba bakar satu biji pavlova dahulu dan sekiranya jadi, bolehlah diteruskan dengan membakar baki pavlova yang lain. Jangan buka pintu ketuhar anda selagi pavlova belum betul-betul sejuk.

Langkah-langkah penyediaan krim:

  1. Masukkan semua bahan krim di dalam satu bekas dan pukul sehingga kental.
  2. Hiaskan pavlova mengikut kreativiti dan citarasa anda, dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber:

https://saji.my/resepi-pavlova/

error: Content is protected !!