Now Reading
Resepi Pengat Pisang Yang Sihat Tetapi Masih Cukup Berlemak

Resepi Pengat Pisang Yang Sihat Tetapi Masih Cukup Berlemak

Resepi Pengat Pisang Yang Sihat Tetapi Masih Cukup Berlemak

Resipi Pengat Pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai pencuci mulut. Rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pula dengan rasa masam dari pisang tanduk. Boleh juga gunakan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan.

Cara nak buat amatlah mudah sekali, cuma jika anda gunakan santan segar rasanya lebih sedap berbanding santan kotak. Satu tips yang amat berguna dari penjual pisang ni yang berasal dari Kelantan. Pisang setelah dipotong haruslah direndam seketika dengan air kapur supaya isinya kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

  • 3-4 biji pisang tanduk
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 2 mangkuk santan cair
  • (ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
  • 1/2 cawan sagu, bersihkan
  • 2-3 keping nisan/gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
  2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam (optional).
  3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips:

  • Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
  • Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.

EAGLE Stainless Steel 20cm Double Handle Pot Diamond Series

RM99.00

Diamond Series Double Handle Pot by Eagle akan terbukti dapat tahan dalam jangka masa yang lama. Eagle Diamond Series Double Handle Pot. Masak makanan dan masakan sihat anda untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan. Mempunyai pelbagai saiz yang dapat mengikut kesesuaian masakan anda. Senang digunakan dan juga mempunyai pemegang plastik ditepi bagi memudahkan anda mengangkatnya.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM57.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

SUMBER

https://www.facebook.com/DsssEcGMdiet/photos/pengat-pisang-ec100ml-fresh-milk-1-st-madu-sedikit-dark-coklat-masak-dengan-api-/2803028419745395/

error: Content is protected !!