Now Reading
Resepi Pizza: Rasa Seperti Di Restoran Sebenar!

Resepi Pizza: Rasa Seperti Di Restoran Sebenar!

Resepi Pizza

Resepi pizza kali ini memang khas untuk di buat di rumah kerana mudah dan ringkas. Resipi pizza ini mampu menghasilkan 16 hidangan.

Membuat adunan pizza sendiri boleh menjadi banyak kerja, tetapi sangat membuahkan hasil kerana rasa pizza yang sangat enak.

Doh pizza itu sendiri memerlukan sedikit ramuan serta masa untuk doh naik dan rehat. Sementara menunggu doh siap, anda boleh terus menyiapkan sos tomato atau memotong sayur segar serta  memarut blok keju yang akan diletakkan di atas pizza sebagai topping.

Bakar selama 15 minit, hiaskan dengan basil, parutan keju dan sos tomato!

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan air suam (600 mL)
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu teh ragi
  • 7 cawan tepung serba guna (875 g)
  • 6 sudu minyak zaitun
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan tepung semolina (30 g)

Bahan-Bahan (Sos Tomato):

  • 795g buah tomato dalam tin
  • 1 sudu besar garam

Bahan-Bahan (Topping Pizza Margherita):

  • Sos tomato
  • Keju mozzarella segar, dikoyak kecil
  • Daun basil

Bahan-Bahan (Topping Pizza Pepperoni):

  • Sos tomato
  • Keju mozzarella segar, koyak kecil
  • Hirisan pepperoni pedas
  • Keju parmesan, parut segar

Langkah- Langkah Penyediaan:

  1. Taburkan gula dan ragi ke dalam air suam. Biarkan selama 10 minit, sehingga gelembung terbentuk di permukaan.
  2. Satukan tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buat bulatan di tengah dan masukkan minyak zaitun dan campuran ragi yang kembang. Dengan menggunakan sudu, campurkan sehingga doh yang tidak rata mula terbentuk.
  3. Setelah tepung terhidrat, putar doh ke permukaan stesen kerja yang bersih dan uli selama 10-15 minit. Doh mestilah lembut, halus, dan bergetah. Bentuk doh menjadi bulat dan tegang.
  4. Griskan mangkuk besar yang bersih dengan minyak zaitun dan masukkan adunan ke dalam, salutkan dengan minyak. Tutup dengan bungkusan plastik. Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam, atau hingga 24 jam.
  5. Keluarkan doh dan letak di atas permukaan stesen kerja. Uli selama satu minit atau lebih, kemudian potong menjadi 4 bahagian yang sama dan bentuk menjadi bulat.
  6. Tutup dengan tuala dapur dan biarkan berehat selama 30 minit hingga satu jam sementara anda menyediakan sos dan bahan-bahan lain.
  7. Panaskan oven antara 450-500˚F (230-260˚C).
  8. Sementara itu, anda boleh sediakan sos tomato: Masukkan garam ke dalam sos tomato dan haluskan dengan pengisar haluskan hingga rata.
  9. Setelah doh berehat, ambil bahagian dan mulakan dengan mencucuk permukaan dengan hujung jari anda, sehingga gelembung terbentuk dan jangan kempiskan.
  10. Kemudian, regangkan dan tekan doh menjadi bulat nipis. Lebih nipis adalah lebih baik kerana ia akan sedikit mengecil dan membengkak semasa membakar.
  11. Campurkan 30g tepung semolina dan letakkan doh pizza yang diregangkan ke atas papan besi. Masukkan sos dan bahan-bahan pilihan anda.
  12. Bakar doh dan keju diataskannya selama 15 minit, atau sehingga kerak dan keju berwarna perang keemasan.
  13. Tambahkan hiasan pilihan anda.

Tips Ringkas

  • Elakkan meletakkan topping secara berlebihan. Sekali lagi, jika anda suka kerak rangup, cuba yang terbaik untuk tidak meletakkan topping secara banyak atas pizza anda!
  • Sekiranya anda menginginkan kerak yang rangup, bakar dahulu!
  • Masak pizza anda di permukaan yang telah dipanaskan.

Selamat mencuba resepi pizza ringkas ini disamping meluangkan masa lapang anda untuk mencuba menu baru yang lain daripada yang lain!

SUMBER

www.tasty.com/recipe/pizza-dough

www.thepioneerwoman.com/food-cooking/cooking-tips-tutorials/a100842/12-best-tips-for-homemade-pizza/#:~:text=8%20%2D%20If%20you%20crave%20a,%2C%20par%2Dbake%20it%20first!&text=Simply%20slide%20it%20onto%20your,toppings%20to%20the%20browned%20side.

error: Content is protected !!