Puding kastard berkuah ini sedap dimakan sejuk jadi perlu disediakan awal-awal dan disimpan dalam peti sejuk sebelum dimakan. Yang pastinya, puding kastard berkuah sesuai sangat dihidangkan sebagai pencuci mulut. Hidangkan sejuk-sejuk, lagi nyaman.
Jom kita lihat resepinya.
Bahan – bahan puding kastard:
- 1 cawan tepung kastard
- 5 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara penyediaan puding kastard :
- Mula-mula, campurkan ke semua bahan di atas.
- Kemudian, masakdi atas api sehingga pekat dan berkilat.
- Sendukkan ke dalam acuan apabila sudah siap.
- Sejukkan puding.
Bahan – bahan kuah kastard :
- 1 tin susu cair
- 1 tin fruit cocktail – ambil air gula sahaja
- 1 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 biji telur – ambil telur kuning sahaja
- 1 sudu besar tepung kastard
- Sedikit esen vanila
- 1 helai daun pandan – disimpul
Cara-cara memasak kuah puding kastard :
- Mula-mula, sebatikan semua bahan kecuali telur kuning.
- Kemudian, masukkan daun pandan yang telahpun disimpulkan.
- Masak dan kacau sehingga nampak sedikit pekat.
- Ambil sedikit adunan dan campurkan bersama telur kuning. Sebatikan campuran tersebut.
- Curahkan ke dalam kuah kastard.
- Kacau sehingga kuah mesra dan siap untuk dihidangkan bersama puding yang disejukkan tadi.
TIPS:
- Kuah kastard boleh dimasak awal dan di simpan dalam peti sejuk.
- Kuah kastard juga boleh dimakan bersama puding raja, puding roti, kek dan lain-lain hidangan pencuci mulut.
- Hiaskan puding dengan fruit cocktail/ lychee/ longan.
Mudah sahaja. Selamat mencuba!
Source:
https://cookingwithdog.com/recipe/easy-custard-pudding/
puas/https://www.aziekitchen.com/2012/03/puding-buah-buahan-kastard.html