Now Reading
Resepi Puding Roti Bakar Yang Enak Lagi Menyelerakan

Resepi Puding Roti Bakar Yang Enak Lagi Menyelerakan

Resepi Puding Roti Bakar Yang Enak Lagi Menyelerakan

Jika anda mencari idea untuk mencuba resepi baharu bagi menyediakan hidangan pencuci mulut buat keluarga anda, apa kata cuba resepi puding roti bakar ini? Enak, mudah serta tidak mengambil masa yang lama. Ini adalah resepi yang tidak menggunakan kuah kastard, kerana itulah ia lebih cepat disediakan, tapi masih enak dimakan begitu sahaja.

Terdapat banyak versi puding roti. Ada yang dibakar, ada yang dikukus.

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • 3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

CARA-CARA:

  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ). Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad – Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

TESCO NON STICK 6IN DEEP SPRING FORM PAN

RM29.90

Permukaan yang tidak melekit memudahkan anda untuk mencuci atau mengeringkan pan semasa membakar kueh, atau pizza dan lasagna yang enak. Springform cake pan boleh di buka di bahagian tepinya. Ia biasanya digunakan dalam penyediaan membuat kek atau puding yang lembut. Kek dan puding lebih mudah dikeluarkan tanpa merosakkanya. Bagi yang mempunyai hobi membakar kek, ini adalah produk yang wajib anda dapatkan.

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2014/09/puding-roti-mudah-dan-sedap.html

error: Content is protected !!