Rendang merupakan satu juadah yang sangat digemari dan biasanya ianya dimakan pada Hari Raya. Terdapat banyak cara untuk memasak rendang yang berbeza dan hari ini, Ceria Sihat akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk memasak rendang ayam yang sedap dan juga kurang kalori.
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
- 20 biji bawang kecil
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu biji ketumbar
- 1 sudu besar biji lada hitam
- 2 batang serai
- 1 mangkuk kecil cili kering yang telah direndam dalam air panas
Bahan-bahan lain:
- 4 sudu besar minyak canola
- 1 batang serai diketuk
- 2 helai daun limau purut dihiris halus
- 2 helai daun kunyit dihiris halus
- 200 ml santan rendah lemak
- Ayam yang telah dipotong dan dibuang kulit
- Serbuk Lakanto
- Sedikit garam bukit
- 3 sudu besar pes asam jawa
Cara Sediakan
- Panaskan 4 sudu besar minyak canola di dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing.
- Masukkan serai yang diketuk, daun limau purut dan daun kunyit yang dihiris halus.
- Masukkan pula ayam dan gaul rata. Tuang santan rendah lemak ke dalam bersama dengan sedikit air.
- Biarkan mereneh selama 10 minit. Kacau lagi dan masukkan serbuk Lakanto, garam bukit serta pes asam jawa. Pastikan cukup rasa dan bila ayam sudah empuk, bolehlah tutup api. Bila gunakan Lakanto, anda tak perlu risau dah dengan kandungan kalori sebab lakanto ni tiada kalori, jadi kadar insulin anda pun takkan naik.
Kenwood Blender
RM149.00
Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.
Mortar And Pestle Set
RM48.00
Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,
Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.