Now Reading
Resepi Roti Jala Sihat

Resepi Roti Jala Sihat

Resepi Roti Jala Sihat

Roti jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara ASEAN. Roti Jala ialah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti jala dimakan bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (terkenal di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (terkenal di pantai barat.)

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 300g
  • 1 sudu kunyit
  • 3 biji telur, dipukul
  • Susu rendah lemak 300ml dicampur dengan air 300ml
  • Minyak sayuran, untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  • Panaskan ketuhar ke suhu 140°C.
  • Campurkan tepung, 1 sudu teh garam dan kunyit dalam mangkuk besar dan lubangkan di tengah-tengahnya.
  • Kemudian, masukkan telur di lubang tersebut bersama campuran susu dan air.
  • Pukul sehingga adunan menjadi licin dan tebal, tanpa gelembung.
  • Pukul secara beransur-ansur bagi menipiskan adunan. Tukarkan adunan ke dalam botol yang boleh dipicit.
  • Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali yang tidak melekat.
  • Picit botol dan lakarkan adunan seperti jaring dalam kuali secepat mungkin.
  • Apabila bahagian bawah adunan telah masak (dalam 30 saat), pusingkannya untuk menukar bahagian. Roti Jala masak dengan cepat, oleh itu anda perlu berhati-hati.
  • Ulangi langkah dengan adunan yang lain, sambil menambah lebih banyak minyak yang diperlukan.
  • Alas Roti Jala di antara kertas ‘baking’ dan biarkan panas dalam ketuhar sementara anda memasak selebihnya.

Resipi Kari Ayam Sihat (Kuah Roti Jala)

Bahan-bahan:

  • 1 dada ayam tanpa tulang dan kulit
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1/2 air air
  • 1 sudu susu rendah lemak
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • sudu besar minyak sayuran

Cara penyediaan:

  1. Potong dada ayam menjadi kiub kecil.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  3. Tumis bawang merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan rempah kari dan kacau dengan teliti.
  5. Rasa untuk memastikannya cukup pedas. Tambah lebih banyak cili jika suka.
  6. Sebaik sahaja bahan tumisan telah menjadi keperangan, masukkan ayam.
  7. Kacau dan biarkan masak selama beberapa minit.
  8. Tambah air dan kacau sebati. Biarkan sehingga mendidih.
  9. Kurangkan api dan didihkan kari selama 10-15 minit.
  10. Masukkan susu rendah lemak dan kacau.
  11. Hidangkan dengan roti jala semasa panas.

Selamat mencuba!

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid     

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna untuk makanan berperisa penuh yang lazat.Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak menjadi hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

error: Content is protected !!