Now Reading
Resepi Roti John Versi Sihat

Resepi Roti John Versi Sihat

roti john

Roti john adalah seperti pencuci mulut biasa yang kita cari terutama semasa bulan Ramadhan atau setiap kali berkunjung ke pasar malam. Bukan sahaja murah, tapi ia juga enak dimakan bersama sedikit sos dan inti daging dan telur.

Roti john ialah sandwic omelet yang merupakan makanan snek popular di BruneiMalaysia dan Singapura. Bahan utama dalam penyediaan roti john termasuk daging cincang (ayam atau kambing), bawang, telur, sos tomato-chili dan roti baguette.

Jom kita cuba sediakan versi kita sendiri pula iaitu “Roti John versi sihat” tanpa penggunaan minyak masak atau mentega. Bagaimana ini boleh disediakan? Ikuti resepi di bawah ini sekarang.

Bahan-bahan:

  • Roti panjang
  • Beberapa biji telur (bergantung pada sebanyak mana yang anda ingin sediakan)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Sedikit daun sup (dicincang)
  • 1 biji lobak merah (dicincang halus)
  • Sedikit daging kisar (tanpa lemak)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk (telur, tomato, lobak merah, daun sup dan daging kisar) dan kacau hingga sebati.
  2. Cedok sedikit inti dan letakkan di atas roti.
  3. Gunakan kualiti tidak melekat dan bakar roti anda pada bahagian inti tadi.
  4. Biarkan ia seketika sehingga ia sedikit masak.
  5. Terbalikkan roti dan biar ia garing pada belah satu lagi.
  6. Angkat dan hiaskan roti dengan sedikit sos cili atau mayonis mengikut kesukaan anda.
  7. Roti john versi sihat anda siap dihidangkan!

Tefal Cookware Natura Frypan 20cm

RM54.00

Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tidak perlu lagi menggunakan minyak apabila anda menggunakan kuali ini.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM57.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model.Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai dengan seorang chef kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan basic ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

SUMBER

https://ibucergas.com/resepi-roti-john-yang-sihat/

error: Content is protected !!