Now Reading
Resepi roti puding paling sedap

Resepi roti puding paling sedap

roti puding

Roti puding yang dituang bersama sos kastardnya pasti menjadi pilihan hidangan pencuci mulut bagi seisi keluarga mahupun rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah. Dengan menggunakan bahan-bahan mudah, ia bukan sahaja senang disediakan malah tidak mengambil masa yang lama pun.

Jadi, apa kata anda ambil inspirasi daripada resepi yang kami sertakan dan sediakan hidangan ini sendiri! Tapi, sedikit kelainan yang kami bawakan adalah resepi ini menggunakan bahan-bahan yang sesuai bagi mereka yang sedang berdiet, jadi ia tidaklah mengandungi begitu banyak kalori berbanding resepi biasa.

Bahan-bahan:

Roti puding

  • 6 keping roti gandum penuh
  • 1/2 cawan kismis
  • 1 biji epal (dikupas dan dipotong)
  • 2 sudu mentega (dicairkan)
  • 4 biji telur bersaiz besar (dipukul)
  • 2 cawan susu kurang lemak
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

Sos kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula perang

Cara penyediaan:

Roti puding

  1. Panaskan ketuhar dahulu pada suhu 175 °C.
  2. Koyakkan roti kepada bahagian kecil dan masukkan ke dalam bekas berbentuk kotak bersaiz 8 inci.
  3. Campurkan kismis dan epal sebelum menuang mentega yang telah dicairkan.
  4. Gaul telur, susu, gula perang, serbuk kayu manis dan ekstrak vanila dalam mangkuk. Kacau hingga ia sebati.
  5. Tuangkan di atas roti dan pastikan ia menutup bahagian roti dan menyerap campuran tersebut.
  6. Didihkan air panas buat seketika. Tempatkan bekas roti puding tersebut pada kuali besar di tengahnya.
  7. Tuangkan air panas di sekitar kuali tersebut dengan berhati-hati agar ia tidak termasuk ke dalam bekas roti puding.
  8. Bakar roti puding anda dalam ketuhar sekitar 45 minit.
  9. Roti puding anda sedia dihidangkan jika pencucuk atau pisau yang dicucuk dan dikeluarkan adalah bersih.

Sos kastard

  1. Campurkan kesemua bahan bagi sos kastard ke dalam periuk.
  2. Kacau hingga ia pekat mengikut kepekatan yang anda mahukan.
  3. Kurangkan sukatan susu serta gula mengikut selera anda agar ia tidak terlalu manis.
  4. Setelah siap, tuang ke atas roti anda tadi.
  5. Jika anda suka ia dalam keadaan sejuk, masukkannya ke dalam peti sejuk dahulu sebelum menuangnya di atas roti anda.

Selamat mencuba!

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM159.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

SUMBER

https://www.allrecipes.com/recipe/222103/healthier-bread-pudding-ii

https://www.aziekitchen.com/2020/03/puding-roti-dengan-sos-yang-sedap.html

error: Content is protected !!