Now Reading
Resepi Roti Sosej Yang Pastinya Menjadi Kegemaran Anak-Anak Anda

Resepi Roti Sosej Yang Pastinya Menjadi Kegemaran Anak-Anak Anda

Resepi Roti Sosej Yang Pastinya Menjadi Kegemaran Anak-Anak Anda

Roti Sosej sesuai disediakan buat sarapan pagi ataupun minum petang. Bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga cukup menarik jika disajikan untuk kanak-kanak. Boleh jadi menu yang menarik untuk majlis hari jadi dan potluck.

Pastikan roti digulung dengan ketat dan salut telur dengan sekata supaya roti tidak mudah terbuka bila masa menggoreng nanti. Bahan-bahan di bawah cuma anggaran sahaja. Boleh sesuaikan mengikut jumlah hidangan yang anda mahukan. Kalau nak buat frozen pun boleh, pastikan roti dibalut dengan kemas sebelum simpan di dalam freezer.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus roti keping
  • 1 pek sosej
  • 1 mangkuk bread crumbs
  • 1 paket kepingan cheese
  • 2 biji telur
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit. Angkat dan toskan.
  2. Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
  3. Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.
  4. Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej. Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.
  5. Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.
  6. Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.

Tips:

  • Gunakan berus pastry untuk sapu telur di bahagian hujung gulungan sepaya roti melekat sekata dan bertindak seperti gam. Ini untuk pastikan roti tidak mudah terbuka semasa goreng di dalam minyak nanti. Boleh juga kalau nak sapu bahagian hujung roti tu dengan sudu (kalau tak ada berus pastry)

Wood Rolling Pin

RM12.90

Pin gulung kayu dengan pemegang adalah alat dapur yang penting untuk dimiliki. Ia bagus untuk menguli doh pizza, pai, tart, dan biskut.

Alat makanan silinder jenis ini boleh didapati dalam dua gaya, termasuk pin roller dan pin rod. Perbezaan kedua roller ini ialah jenis roller mempunyai silinder tebal dan pemegang kecil di hujung, pin rod adalah lebih nipis. Kategori yang paling popular dari rolling pins termasuk rod, penggelek, tekstur khusus, dan Chakla Belan (khusus untuk masakan India)

VICTORINOX GUNTING SERBAGUNA

RM74.90

Gunting dapur serbaguna adalah untuk kegunaan dapur yang serba lengkap. Bilah-bilahnya terbuat dari keluli tahan karat yang sangat keras dan mempunyai penyerapan mikro untuk menahan bahan pemotong. Pemegang gunting dapur yang kuat, praktikal dan diperbuat daripada bahan sintetik yang tidak mudah pecah. Gunting dapur dapat memudahkan anda didapur ketika memasak dan ianya lebih selamat digunakan. Sangat sesuai untuk memotong sayur sayuran dan herba.

SUMBER

https://saji.my/resepi-roti-sosej-yang-mudah-dan-lazat

error: Content is protected !!