Now Reading
Resepi Salad Rumpai Laut Gaya Pantai Timur

Resepi Salad Rumpai Laut Gaya Pantai Timur

resepi salad

Mendengar pasal resepi salad, yang jelas digambaran adalah sayur-sayuran hijau dan divariasikan dengan pelbagai warna supaya nampak menyelerakan. Negara negara barat banyak mengetengahkan menu menu berasaskan sayuran yang dijadikan salad pembuka selera sebelum hidangan utama.

Masyarakat Melayu juga tidak kurang hebatnya dengan resepi-resepi salad, terutamanya negeri negeri pantai Timur yang terkenal dengan kepelbagaian menu. Kebiasaan resepi Salad masyarakat melayu ini digelar kerabu. Negeri pantai timur adalah yang paling banyak resepi kerabu berasaskan sayuran.

Nasi kerabu, kerabu kaki ayam, kerabu pegaga, kerabu kacang botol pasti tidak asing kepada pada pembaca. Namun apa yang menarik didalam resepi kerabu masyarakat pantai timur ini. Terdapat satu resepi kerabu berasaskan tumbuhan laut yang kaya khasiat.

Pasti ramai yang tahu dengan rumpai laut. Namun tahukah anda resepi salad rumpai laut gaya pantai timur. Resepi ini sukar diperolehi dihari hari biasa. Namun ia mudah didapati dalam bulan Ramadan.

Dahulu rumpai laut ini diperolehi secara segar dari laut oleh kerana itu proses penyediaannya agak sukar. Rumpai laut ini perlu dibersihkan dari cengkerang hidupan laut, pasir dan sebagainya sebelum boleh dijadikan hidangan.

Warna asal rumpai laut ini hijau gelap dan kecoklatan. Oleh kerana itu setelah dibersihkan ia akan dijemur seketika dibawah cahaya matahari. Rumpai laut yang telah dijemur akan berubah kepada warna jernih.Setelah melalui pelbagai proses barulah hidangan ini boleh disediakan.

Selain enak ia memiliki pelbagai khasiat terutamanya untuk awet muda. Ini adalah kerana rumpai laut kaya dengan kolagen semulajadi. Tidak salah untuk mencuba resepi salad berasaskan rumpai laut ini untuk mendapatkan khasiat terbaik untuk tubuh badan. Jom lihat resepinya.

Resepi Salad Kerabu Sare

Bahan-bahan

  • 200 gm Rumpai laut ( Sare)

Kisar

  • 8 tangkai cili kering – kisar
  • 6 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 cm halia – kisar

Masak

  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2½ sudu besar budu
  • 3 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu kecil cuka

Sambal Kelapa

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 5 tangkai cili merah
  • 1 ekor ikan kembung
  • 1 cm halia
  • 1/2 sudu kecil garam

Hiasan

Kaedah Penyediaan

Rumpai Laut

  • Bersihkan rumpai laut (sare) dengan kaedah direndam selama 8 jam bersama perahan asam limau.
  • Setelah lembut cuci bersih sehingga tiada bau hanyir.
  • Sekiranya masih terdapat bau hanyir ulangi kaedah cucian dengan menambah lagi perahan asam limau.
  • Toskan rumpai laut (sare) sementara menyediakan kelengkapan lain untuk dihidang bersama

Kuah

  • Tumis bahan kisar sehingga peca minyak dan berbau harum
  • Masukkan budu dan cuka teruskan mengacau sehingga sebati.
  • Setelah menggelegak masukkan santan dan dimasak sehingga pekat.
  • Proses mengacau penting untuk mengelakkan santan berketul.
  • Tutup api dan ketepikan setelah kuah pekat.

Sambal Kelapa

  • Panaskan kuali tanpa minyak
  • Masukkan kelapa parut dan dikaup balik sehingga kekuningan
  • Angkat dan ketepikan.
  • Rebus ikan bersama asam keping dan garam.
  • Ambil ikan dan perisikan
  • Tumbuk isi ikan bersama sedikit garam dan halia.
  • Cili dihiris halus
  • Gaulkan isi ikan yang siap ditumbuk dengan cili, ketepikan.

Menghidang

  • Letak rumpai laut didalam piring
  • Tuang sedikit kuah tumis diatas rumpai laut
  • Tabur sambal kelapa diatasnya
  • Hidang bersama hirisan limau sambal.

Salad rumpai laut gaya pantai timur ini enak dimakan begitu sahaja sebagai pembuka selera. Ia juga boleh dimakan bersama nasi kerabu. Selamat mencuba.

Sumber:

https://ms.womanexpertus.com/salat-iz-morskoj-kapusty-6-poleznyh-retseptov/

Cik Wan Kitchen: Kerabu Sare Mek

Kerabu Sare | Sawanila.com

error: Content is protected !!