Sambal nasi lemak yang sedap tidaklah sukar untuk dimasak di rumah tetapi perlu tahu teknik menyediakan sambal dengan cara yang betul. Perlu sentiasa ingat tips yang dipelajari untuk menghasilkan sambal yang berwarna merah cantik dan berkilat.
Untuk menghasilkan masakan yang sedap memerlukan latihan dan kerap melatih tanpa putus asa untuk berjaya. Tidak cukup sekadar menpunyai pengetahuan semata yakni perlu kerap mengamalkan petuanya. Jom kita cuba buat sambal tomato jenis ikan bilis goreng mudah ini.
Sambal ikan bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi di bawah ini memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi lemak putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap juga. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan-Bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis (mangkuk sukatan gulai)
- 1 inci belacan
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula – boleh ubahsuai mengikut selera
- 1 inci gula melaka
- Sedikit minyak masak
- 4 biji cili merah yang dipotong kasar (tumbuk kasar)
- 2 biji tomato yang dibelah 8 keping (tumbuk kasar)
- 5 ulas bawang merah kecil (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
Langkah-Langkah Penyediaan
- Mula-mula, panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian, angkat dan ketepikannya. Lalu goreng belacan dan angakatnya keluar.
- Seterusnya dengan menggunakan minyak yang secukupnya, gorengkan bahan yang ditumbuk kasar hingga ia pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan ikan bilis dan belacan yang digoreng tadi. Gaulkannya sekejap.
- Kemudian, masukkan pula gula melaka dan masak hingga larut dan hancur barulah dimasukkan garam serta gula untuk perasa.
- Rasailah sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.
- Akrhirnya, sambal akan siap untuk dinikmati.
Terdapat bermacam cara dan gaya untuk menyediakan sambal nasi lemak dan semuanya bergantung terhadap cita rasa yang digemari. Selamat mencuba!
SUMBER
www.rasa.my/cara-masak-sambal-tomato-bilis-goreng-paling-sedap-mudah-1/
www.aziekitchen.com/2017/02/nasi-lemak-dan-sambal-tumis-azie.html