Now Reading
Resepi Siakap Stim Ala Thai Seperti Di Restoran!

Resepi Siakap Stim Ala Thai Seperti Di Restoran!

siakap stim

Makanan stim dapat dipilih sebagai langkah baik dalam penjagaan makanan. Bila dibandingkan dengan makanan mentah, stim boleh mengurangkan asid folik sebanyak 15%, manakala merebus boleh mengurangkan sebanyak 35% dari zat makanan. Bagi menjaga dan mengekalkan zat makanan dari berkurang, teknik stim ini lebih disarankan berbanding merebus.

Ikan siakap ialah jenis ikan air tawar dan laut. Daging ikan siakap yang sangat lembut jika dimasak menjadikan ikan ini sangat favorit dikalangan ramai. Yang paling paling utama ialah mendapatkan ikan yang segar supaya terasa kemanisannya agar masakan stim juga tidak hanyir.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk siakap steam:
    • 1 ekor ikan siakap
    • 2 batang serai
    • 1 mangkuk besar air
    • 1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
    • 5 ulas bawang putih
    • perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
    • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
    • 6-7 biji cili padi
    • hirisan daun ketumbar
    • 1-2 sudu besar sos ikan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kukus siakap:
    1. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
    2. Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
    3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
    4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
  2. Cara-cara untuk kuah cili limau:
    1. Panaskan air di dalam periuk.
    2. Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
    3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
    4. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Tips:

  • Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
  • Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.
  • Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.

Dapatkan Perkakas Masakan Anda !

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Zebra Chef Knife (6’/7’/8′)

RM23.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

6 pcs Stainless Steel Measuring Spoons

RM14.90

Pengukuran yang tepat memastikan rasa makanan anda sempurna danseimbang. Kepala dan pemegang sudu bulat berada dalam keseimbangan berat badan yang sempurna. Penamat permukaan keluli tahan karat yang mempunyai lapisan satin sangat bagus untuk bahan kering dan cair. Bentuk yang elegan dengan Metrik Pengukuran Amerika, tahan lama dan tidak berkarat. Sudu pengukur ini juga sangat sesuai digunakan untuk membuat cake bagi megukur ketepatan bahan yang digunakan.

SUMBER

https://siraplimau.com/resepi-siakap-stim-limau-simple/

error: Content is protected !!