Dah muak dengan ayam panggang? Ha! jom kita tukar cara masak ayam tu pulak nak? Bosan la makan ayam panggang je masa diet ni. Korang pernah cuba ayam teriyaki tak? Sedap juga tau menu jepun ni, yang penting masakan ayam teriyaki ni pun rendah lemak dan kolestrol. Boleh la sambil sambil tu kita jaga kesihatan juga kan hehe. Dah nama pun resepi sihat kan.
Disini, kami nak kongsi sikit dengan anda, cara untuk masak Ayam Teriyaki dengan mudah dan sedap. Ha susah tu nak dapat, dahla senang, sedap pulak tu! Resepi ini juga sangat mudah disediakan dan yang paling penting, ianya sangat sesuai juga untuk dijadikan meal-prep anda. Bolehlah anda bawa masakan ini ke pejabat sebagai Lunch-Box anda atau pun boleh juga dimakan semasa makan malam dengan family dekat rumah tu.
Apa tunggu lagii kan? Jomlah sediakan makanan yang berasaskan 4 bahan penting ni! Bahan pentingnya adalah ayam teriyaki, brokoli, lada besar dan beras perang. Oh lupa nak pesan, paling menarik untuk resepi kali ini, kita tak guna sos instant tau, kita buat sendiri sos teriyaki tu. Barulah lagi sedap, mengikut citarasa dan lebih unik!
- Masa penyediaan – 1 jam
- Masa memasak – 25 minit
- Tahap – Mudah
- Pengukuran: Metrik
- Saiz hidangan: 5 orang
Bahan-bahan untuk Nasi dan brokoli :
- 1 cawan beras perang
- 1 sudu minyak zaitun
- 2 lada besar, dipotong memanjang menjadi jalur
- 341g brokoli floret, kira-kira 2 hingga 3 cawan
Bahan-bahan untuk Ayam teriyaki:
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/3 cawan kicap kurang sodium
- 1/4 cawan gula merah, padat
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- 1 sudu besar halia diparut segar
- 2 sudu besar madu
- 908g paha ayam tanpa kulit dan tanpa tulang, dipotong menjadi 1 inci ketul ayam
- 2 sudu minyak zaitun
- 1 sudu teh biji bijan
- 1 batang daun bawang, dihiris nipis
Cara penyediaan:
- Bagi membuat ayam teriyaki, kacau bersama tepung jagung dan 1/4 cawan air dalam mangkuk kecil. Kemudian, ketepikan.
- Dalam periuk kecil di atas api sederhana, masukkan kicap, gula merah, bawang putih, halia, madu dan 1 cawan air. Biarkan ia mereneh. Kacau campuran tepung jagung hingga cukup pekat dan boleh melapisi bahagian belakang sudu, selama kira-kira 2 minit. Biarkan ia sejuk hingga mencecah suhu bilik. Simpan 1/4 cawan dan ketepikan.
- Dalam beg berzip saiz galon atau mangkuk yang besar, gabungkan campuran kicap dan ayam dan perap sekurang-kurangnya 30 minit hingga semalaman. Pastikan anda membalikkan beg sekali sekala. Toskan ayam daripada perapan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali besar di atas api sederhana. Masukkan ayam dan masak hingga menjadi kekuningan kira-kira 3 hingga 4 minit dan ketepikan. Anda juga boleh menggoreng ayam menggunakan air fryer atau memanggangnya dalam ketuhar bagi mengurangkan penggunaan minyak dan kadar kalori yang ada.
- Dalam periuk besar yang diisi 2 cawan air, masak nasi mengikut arahan pakej dan ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali besar di atas api sederhana tinggi. Masukkan lada besar dan masak, kacau sekali-sekala hingga ia lembut dalam kira-kira 7 hingga 8 minit.
- Letakkan brokoli floret ke dalam set pengukus atau penapis di atas kuali berisi air mendidih. Tutup dan kukus selama 5 minit, atau hingga ia masak menjadi hijau pekat kemudian ketepikan.
- Bahagikan nasi ke dalam bekas makanan. Hiaskan atasnya dengan lada besar dan brokoli bersama ayam serta campuran kicap, biji bijan dan daun bawang jika anda mahu.
Selamat mencuba!