Now Reading
Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup

sotong goreng tepung

Tak sah la kalau tak order sotong goreng tepung jika singgah makan di restoran. Lagi lagi kalau makan bersama tomyam campur dengan daging masak merah, fuh kenyang! Tapi, kalau nak order sotong goreng tepung di restoran, kena tengok tengok dulu takut kita dapat tepung yang lebih, sotong nya kecik sahaja. Oleh itu, kita kena tahu teknik yang betul supaya tepung melekat elok dengan sotong.

Satu lagi, kita kena juga tahu teknik untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika menggoreng. Jika anda tahu dua teknik ini, anda tidak perlu bersusah susah ke restoran lagi untuk menikmatinya.

Bahan bahan asas untuk membuat sotong goreng tepung:

  • 500g sotong
  • 1 sudu cuka

Bahan bahan salutan sotong goreng tepung:

  • 1 biji telur
  • 5 sudu tepung gandum
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu tepung bestari pedas
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu serbuk lada sulah
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan bahan salutan ini untuk 500g sotong. Anda boleh menambahkan bahan mengikut berat sotong anda dan citarasa anda.

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan sotong anda hingga benar benar bersih.
  2. Gaulkan sotong yang sudah dibersihkan tadi dengan cuka. Tinggalkan ini sekejap.
  3. Kemudian, gaul semua bahan di atas di dalam mangkuk kecuali telur.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk yang berasingan.
  5. Panaskan minyak terlebih dahulu.
  6. Apabila minyak sudah panas, gaulkan sotong yang sudah digaulkan dengan cuka dan gaul dalam mangkuk berisi telur tadi.
  7. Kemudian, gaul sotong dalam mangkuk yang berisi adunan tepung pula.
  8. Gaul sehingga sebati.
  9. Goreng sotong di dalam kuali. Masak sehingga keperangan.
  10. Apabila sudah masak, angkat sotong menggunakan penapis untuk membuang minyak.
  11. Hidangkan bersama sos cili atau sos Thai.

Tips:

  • Sotong digaul dengan cuka adalah untuk mengelakkan sotong daripada meletup ketika menggoreng.
  • Pastikan anda tidak menggoreng sotong dalam kuantiti yang banyak dalam satu kuali supaya sotong itu benar benar rangup dan tidak melekat antara satu sama lain.

Selamat mencuba! Pastikan anda mengikut tips tips yang diberikan supaya sotong goreng tepung anda seakan akan anda berada di restoran.

Sumber:

https://iluminasi.com/bm/resepi-sotong-goreng-tepung-rangup.html

https://www.aziekitchen.com/2017/05/sotong-celup-tepung.html

https://www.rasa.my/sotong-goreng-tepung-tak-meletop-tapi-rangup/

https://www.ajinomoto.com.my/recipes/fried-calamari

error: Content is protected !!